✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: September 2012

Saturday, September 29

Tutorial : Letak nrelate ganti linkwithin

Assalamualaikum ❤

Hari ni Aten teringin nak bagi tutor yang susah sangat korang nak jumpa . Survey macam mana pun tetap tak jumpa . Tapi alhamdulillah selamat ada sorang hamba Allah ni ada buat tutor pasal ni dan Aten nak kongsi dengan korang . Walaupun Aten ni newbie tapi tak salahkan Aten bagi tutorial untuk korangkan .


Sejak akhir-akhir ni ramai yang nak pasang gadget ala-ala macam linkwithin ni tapi susah nak jumpa betul tak ? Gadjet yang dimaksudkan tu seperti dekat bawah setiap post entry Aten . Contoh macam dekat bawah ni

|
|
|
|
|
|
V




Comel tak ? 
Ekceli dulu Aten pakai linkwithin . Yang tak bestnya linkwithin ni, dia tetap tayang entry-entry lama yang kita penah delete . Mesti korang tak sukakan ? Lagipun nrelate lagi mengacam dari linkwithin dan nampak lebih comel . Comel ke hihi 

Kalau nak buat macam dekat atas tu meh ikot step-step dia okeyy ?

First, awok-awok semua kenalah register dekat SINI dulu 

Pastu tetbe terkeluar page macam dekat bawah ni 







Korang isi je borang ni dulu and then klik "Complete Sign Up" okeyy !

Lepas tu korang bukak email korang and akan dapat notification dari nrelate . Verify pendaftaran korang tadi dalam email .

Kalau berjaya, log in > Install > Blogger . Pastu dia akan keluar "Blogger Install" macam dekat bawah ni




Pastu korang letak url blog korang and "Submit" !

Opss ! Belum habis lagi yup !


Bila dah submit akan keluar "Blogger Setting" . Contoh macam dekat bawah .







Korang just klik pada "Post and Homepage" and klik "Continue" . Pastu keluar macam dekat bawah .




Pada kotak warna pink dekat atas sekali tu korang jangan risau . Dia cuma ambek masa dalam beberapa minit je ta sampai beberapa jam . Jangan dok kalut pulak hihi . 

Korang klik "Add Widget" lepas tu klik "Add to Blogger"

Dah klik Add to blogger tu , dia akan keluar Add Page Element . Contoh macam dekat bawah ni . Pastu korang just klik "Add Widget"





Kalau korang nak lebih cantik, korang pergi dekat "Manage Setting" and then klik "Blogger"




Style korang pilih "Polaraid" . Kalau nak tukar ayat asal you also must like tu tukar dekat bawah style seperti yang tertera dekat atas . Dekat "maximum number of related posts to display from the site" tu korang letak berapa banyak post korang nak letak . And klik SAVE ! 

Senang bukan ?
      

Thank you for reading this entry !

Friday, September 28

artwork : kad kawen

Assalamualaikum ❤

Haa tetiba terasa nak mengedik buat entry pulak hari ni haha . Ni Aten nak tunjuk kad kawen yang Aten buat masa final projek masa belajar dulu lah . Bukan nak berlagak nak tayang diri ni terlebih hebat ke terer ke . Saja nak berkongsi-kongsi cerita yang tak seberapa ni hihi . Sekarang ni Aten tengah praktikal dekat Teluk Intan . So, baru je beberapa bulan jew berambus dari ILP tu . huhu . Apa tu ILP ? Nak tahu cari sendiri lah haha

Okeyy malas nak buat ayat pendahuluan panjang berjela-jela ditambah dengan ayat merapu meraban entah pape, berbalik pada cerita asal, tak lah susah mana nak buat kad kawen ni taw . Cuma kreativiti masing-masing menjadi tunjak utama kecantikan kad kahwin tersebut . Fuhh ! Ayat ! Berpeluh-peluh nak bina ayat ni hahak !

Kad kahwin yang cantik dan unik boleh dapat markah banyak jugaklah . Lagi kreatif lagi banyak markah Aten dapat . Markah sangat penting sebab nak dapat pointer tertinggi di dunia huhu . So, semua dok kalut nak terlebih kreatif . Unik tu maksud disini ialah ikut kreativiti nak kad tu rupa macam mana . Nak letak reben ke, kad tu nak buat sampul dia kotak ke, nak kad kejap terbuka macam ni terbukak macam tu ke and apa-apa ajelah . Dan hasilnya, macam-macam jenis dan macam-macam kad kahwin member Aten buat . Ada yang fuhh ohsem terlebih and ada yang patut diperbaiki lagi . Cakap macam diri ni hebat pulok hahaha . Abaikan .

Susah sikit grafik designer ni sebab semua hasil kerja nak kena fikir nak design macam mana . Survey punya survey kad kawen tercantik dimerata-rata tempat dan setiap ceruk , akhirnya dapat ilham nak buat kad kawen ni jugak .

Kenapa kami pilih kad kawen ? Dah cik iaitu selaku pensyarah kami kata nak buat produk atas kemahuan sendirikan ? so, kami reramai pakat sebulat suara nak buat yang simple-simple iaitu kad kahwin . hehe . Kami tu merujuk kawan-kawan Aten masa se-SEM dengan Aten pada masa tu . Nak buat banting and banner mengambil masa nak print lagi la pe la . Lagi pun kami tak reti nak print banner berbagai-bagai ni . Kamu ingat print macam print paper dekat pc tu ke ? Tak la . Bila nak print ni nak kena tentukan kaler yang betul-betul sesuai la and macam-macam lagi la . Aten bukan tahu sangat pun kerja disebalik tadbir ni . Kalau salah habislah kan . Bukannya kecik benda alah yang nak print tu . Tak ke berlaku pembaziran ink tak berapa nak dirancang disitu nanti ? Print ni kerja sape yang ada ambek kos percetakkan ni tahu lah . Ni grafik . Just buat design .

Kalau senior kami Sem lepas dorang buat packaging . Tak tahu packaging tu apa benda ? alah packaging tu mee goreng campur tomyam okeyy hahak ! Packaging ni macam kotak la . Packaging sangat-sangatlah susah bagi kami nak membuatnya huhu . Nak senang je kan kitaorang ni hihi . Sebab apa susah ? Nanti kena design bentuk kotak lagi . Bukan senang woo . Last-last tak jadi kotak mayak susa maa .

Okeyy ni antara design kad kahwin Aten . Macam buat kad kahwin sendiri pulakkan hahaha . Bila cik tanya :

Hencek Raja Syaheed : "awat buh nama kamu ni Aten ? ni ! ni !  jantan mana kamu buh ni ? Pak sedara kamu kaa pa ?"
Aku : Aii cik , aritu habaq sama saya dengan depa semua tu design hak asasi masing-masingkan ? hahaha
Ishh apa sesat pulak pakcik saya . Cik ni harap jew belajar agama tinggi-tinggi kalah gunung everest . Haram kot .
Hencek Raja Syaheed : Ate, abeh tu sape ?
Aku : Ala cik ni mengada-ngada buat-buat tanya pulak apesal hahaha
Hencek Raja Syaheed : Hahaha 

Kenangan bersendawa dengan cik hahaha .

Okeyy abaikan iklan tetiba di atas tu .


Yang kuning tu kaler emas . Emas bukan sebarang emas . Emas tu cilok dari kopeni habib jawel . haha . Ape orang panggil yee kalau perkataan tuh mau timbul ? hot stamping ape tah haha . Aten kasi timbul punya . Ni sampul dia . bahagian tengah dilipat macam kueh lepat dan di tepi tu di gam . Tah kome paham ke idok hahaha . Eh eh nama ceq la hahak !


Okeyy ni pulok kad dalam bahagian depan . Kad ni tak bercantum dengan kad itam tadi sebab yang itam tadi tu sampul dia je macam sampul surat . Bila nak buat kad kawen pastikan nama pengantin sama font dengan mak bapak punya nama . Nampak macam kementot pulak kad ni huhu


Ni pulak kad dalam bahagian belakang, bercantum dengan kad atas . Senang cerita ni print depan belakang la . Pete tuh buat sendiri and pete umah Aten dengan ehem-ehem bukan cilok pete umah alien .

kad ni bila lipat, Hakikat cinta tu automatik dekat depan and pete tuh dok sorang-sorang dekat belakang hihihi
HAA ! Nombor tu main bubuh je . Kang korang tepon beruk mana pulak tah p angkat hahahak !

Okeyy ? simple je sebenarnya hihi . 
Apa macam ? Sila komen yup ! Penat menaip ni hahaha . Sapa nak buat kad kawen hasil titik peluh Aten mesej je k !







Thank you for reading this entry !

Thursday, September 27

segmen follow and follow

Assalamualaikum ❤

Meh reramai join segmen ni 



visit SINI


Thank you for reading this entry !

Thursday, September 20

kulit muka !

Assalamualaikum ❤

Hemmm Aten terpikir-pikir macam mana nak memiliki kulit yang cantik dan sihat yee ? Kalau awok-awok semua perhatikan, tidak semua orang yang berkulit licin takan tumbuh jerawat !

Walaupun dah licin dan cantik tapi tetap tak sihat . Kejap-kejap kulit ni nampak berminyak . Mungkin lepas kita pakai bedak ke krim ke dalam berapa jam saje terkeluar minyak !

Dan faktor minyak dekat muka ni lah berisiko tumbuh jerawat . Dan kesan minyak berlebihan ni jugak la kita boleh jimat kos beli minyak masak dan terus menumis dekat muka grrr~ ! hahaha . Ayoo ! Yekew Aten ? Abis macam mana ni ?

Haa penyelesaiannya dekat blog akak hunny
Aten suka skodeng blog dia time kalau ada promosi je hihi
 Okeyy berbalik pada produk yang akak ni jual produk kecantikan kulit dan macam-macam la lagi dia jual . Yang penting berkualiti, halal dan dipercayai . Dipercayai sebab tiada unsur penipuan la .

Okeyy kalau untuk fullset skincare set RM 295 dan kalau ikot harga promosi lain sikit la kan harganya .
Nak murah tunggu promosi yee hehe .

Kalau makcik-makcik, pakcik-pakcik yang berminat bolehlah bagi name, address and no phone dekat akak ni or email je okeyy ? Nak tahu lebih lanjut bolehlah pergi ke http://www.qasehkuhoney.com






Thank you for reading this entry !

Wednesday, September 19

cantiknya koleksi Colourful Collection !

Assalamualaikum ❤

Masa tengah kusyuk berfesbuk tadi tetiba Aten tertengok koleksi dari Colourful Collections
Wah ! cantiknya lebih-lebih lagi sekarang dorang tengah promosi inner turban yang tengah popular sekarang ni .

Ni antara contoh turban yang sangat meletop sekarang ni



Kalau nak buat tempahan bolehlah klik di SINI

Harga pun berpatutan . Dekat Colourful Collections tidak hanya jual turban je . Turban ye bukan reban ayam pulak . hehe

Dia ada jual shawl, tudung, inner dan macam-macam lagi la . Kalau nak pergi facebook dia bolehlah klik di SINI

Thank you for reading this entry !

Letak button follow twitter dekat blog

Assalamualaikum ❤

Kalau bagi tutor Aten suka bagi yang simple-simple je . Senang korang nak pahamkan ? Sebelum nak belajar tutor ni korang ada tak twitter ? Kalau ada pless la follow Aten dekat SINI
Kalau ada meh sini Aten nak tolong ajarkan ^^,

Okeyy ! macam mana yee nak letak button follow twitter contoh macam dekat bawah ni
dekat blog korang ?

Haa senang je. Mula-mula korang pergi TWITTER BUTTON HERE

Pastu tetiba keluarlah page yang rupanya macam dekat bawah ni . Korang just ikot je apa yang tertera dekat bawah ni .


Jangan lupa tick "show username" tu okeyy ! Pastu dekat preview tu ada nama twitter korang . Dah puas hati korang bolehlah copy kod yang tertera di situ .

Oppsss ! Belum habis lagi yee .

Faten !! Macam mana nak letak button ni dekat blog pulak ?

Haa meh sini Aten nak bagitau macam mana .

Mula-mula korang pergi ke DASHBOARD > LAYOUT > ADD A GADGET > HTML/JAVASCRIPT
Paste kod yang korang copy tadi tu dan SAVE !

Senang bukan ? Selamat Mencuba !  


Thank you for reading this entry !

Cara letak header blog

Assalamualaikum ❤

Hye awok-awok semua ! Hari ni entah tetiba pulak Aten nak bagi tutor for newbie macam saya ni huhu . Tutor ni khas untuk newbie or sesiapa yang tetiba kehilangan memory kepala macam mana nak letak header ni hihi .

Okeyy tutor Aten hari ni simple-simple je iaitu macam mana nak tempek header dekat blog korang . Sebenarnya nak letak header ni ada dua cara . Cara pertama senang sikit and cara kedua menggunakan kod html . So, up to you lah nak guna cara yang mana satu .

Orait ! Tanpa membuang beberapa liter air liur Aten ni meh kita mulakan operasi menempek bedak header ni dekat blog .


CARA PERTAMA

Just pergi ke DASHBOARD - DESIGN . Pastu klik LAYOUT .
Pergi ke header a.k.a "pengatas" tu . Contoh macam dekat bawah ni .

*klik gambar untuk lebih jelas


Dak klik tu, tetiba akan keluar benda alah ni dan biasanya korang klik pada "Choose File" jika picture header korang tu korang dah siap-siap edit .


Lepas tu, terkeluarlah hasil titik peluh header yang korang edit tu and then klik pada "Have description places after the image" seperti yang tertera dekat bawah ni .  


Last sekali tekan SAVE ! 

Senang bukan ?

CARA KEDUA

Kalau korang nak buat header transparent or nak guna kaedah ni pulak, just ikut je step dia okeyy !

First step korang pergi ke DASHBOARD - EDIT HTML - TICK EXPAND WIDGET TEMPLATES, pastu tekan CTRL + F serentak untuk mencari kod dekat bawah ni .

</head>
Dah cari kod tadi, copy kod dekat bawah ni and tempek dekat bawah kod yang korang cari tadi .

<center><a href='URL BLOG KORANG'><img alt=" border='0' src='DIRECT LINK HEADER KORANG'/></a></center>
Lepas tu korang ambek direct link header korang tu . Macam mana nak ambek ? Haa korang pergi upload header korang tu dekat http://imgur.com/ . Dah upload tu ambek direct link . Contoh macam dekat bawah ni .




Direct link tu paste dekat kot tadi contoh macam dekat bawah ni



Tetiba je tersearch 'quot' hahahaha . Abaikan cacat cela picture di atas ye hakhak !
Preview dulu kalau okeyy SAVE ! 



Selamat mencuba ^^



Thank you for reading this entry !

Friday, September 14

Kena buli beli KFC

Assalamualaikum ❤

Happy sabtu day ! haha .  ni berlaku pada hari sabtu minggu lepas tapi hari ni baru terhegah-hegeh nak buat entry pasal ni . Eh ! sudah jadi cerita basi maa . Basi tak basi nak cerita jugak ngee~

Aten kena buli belanja abang Aten myrul johary ni makan KFC huhu . Tapelah . Ayah Aten cakap bila kita sudah belanja orang makan jangan diungkit-ungkit, nanti pahala lesap, duit pun lesap . Lagipun apa salahnya kena buli beli KFC huhu



Sebenarnya masa Aten belanja dia ni, Aten first time merasa duit gaji taw . Alhamdulillah, rezeki semua datang dari Allah :) Dan first time Aten kerja . Aten kerja sebagai ahli grafik . Alah yang pergi buat banner la buat kad kawen la . Sesiapa yang rasa nak buat kad kawen dari hasil titik peluh Aten boleh la bagi taw Aten cepat-cepat  . Dekat fb Aten ada jugak hasil kerja-kerja Aten termasuklah kad kawen tu . Tak tahulah cantik ke takkan . Kalau cantik terima kaseh hehehe . Kekadang ada jugak Aten post dekat entry ni apa kerja yang Aten buat . Macam minggu lepas Aten ada buat banner kelab kaseh raudhah . Banner rumah terbuka . Customer mintak background warna pink tu yang bestnya . Hahaha . Kalau nak tahu pasal cerita banner tu boleh la klik di SINI






Thank you for reading this entry !

Doa ketika memulakan kerja & akhir kerja

Assalamualaikum ❤



Sebelum kita memulakan kerja seelok-eloknya didahulukan dengan doa . Baru berkat :) Aten tahu ramai yang kurang tahu doa memulakan kerja ni kan . Mula hari ni kita amalkanlah . Tak susah mana pun . Doa ini amat digalakkan kepada kita untuk membacanya kerana setiap hari kita mempunyai pelbagai urusan yang perlu diselesaikan dalam hidup. Tidak dapat tidak, kita mesti berusaha untuk memenuhi segala urusan yang telah kita rancangkan itu. Untuk memperoleh berkat disebalik semua urusan yang akan dan telah dilakukan sebaik-baiknya kita mengamalkan doa diatas sebagai panduan sepanjang hayat kita.

SELAMAT BERAMAL !

Thank you for reading this entry !

Pelajar belasah guru disiplin

Assalamualaikum ❤

GURU DISIPLIN DIBELASAH 15 PELAJA | ALOR SETAR: Hanya kerana menegur sekumpulan pelajar tingkatan lima tidak menyertai perhimpunan, seorang guru disiplin dibelasah ala samseng oleh sekumpulan pelajar dalam kelas di sebuah sekolah menengah di sini, Selasa lalu.
pelajar+belasah+guru

Kejadian jam 7.30 pagi itu bermula apabila guru terbabit yang berusia 40-an mengesan 15 pelajar lelaki tidak menghadiri perhimpunan sebaliknya membuat bising dalam kelas mereka.

Menurut sumber, guru itu ke kelas berkenaan dan meminta semua pelajar terbabit keluar dari kelas dan pergi ke perhimpunan bersama pelajar lain.

“Selepas memberi arahan itu, guru terbabit meninggalkan kelas namun hanya selepas beberapa langkah dia mendengar pelajar itu semakin bising, seolah-olah memprotes serta mengingkari arahannya.

“Apabila guru itu masuk semula dalam kelas, dia melihat sebahagian pelajar terbabit menendang pintu dan ada yang bertindak lebih berani dengan memecahkan cermin tingkap kelas,” katanya.

Thank you for reading this entry !

Thursday, September 13

Kisah Blogger Remaja Yasmin Hunwick

Assalamualaikum ❤



Siapakah Yasmin Hunwik? Aten tidak kenal siapa dia tetapi kisah dia yang menyentuh hati membuat Aten tertarik ingin mengetahui siapa dia . Cerita selanjutnya di --> mynewshub.my

Dan blog beliau di --> http://www.misschronicz.blogspot.com/

Semoga menjadi pengajaran kita semua . .




Thank you for reading this entry !

Unik ! Cara seorang ibu membezakan anak-anak kembarnya

Assalamualaikum ❤ 

Di China terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun memiliki empat orang anak kembar . Kenapa dengan ibu anak kembar ini menjadi topik buah mulut masyarakat di China secara tiba-tiba ? Korang nak tahu kenapa ? Dirinya telah mencentuskan idea unik apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka disetiap kepala anaknya. Wahh ! Sampai macam tu sekali dia buat .

Jika kita mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya . Tambahan lagi yang mana satu keluar dulu, yang mana keluar kemudian . Kalau Aten pun akan keliru lebih-lebih lagi yang seiras .  Susah untuk kita membezakannya betul tak ?  Melihat masalah ini, ibu ini bertindak mencukur keempat anaknya berbentuk angka. Dari angka satu sampailah angka empat . Ni dia antara foto menarik keempat-empat adik beradik kembar yang unik :)


Terasa kelakar pun ada haha 





Daripada yang tua sampai yang termuda, Jiang Yunlong (1), Jiang Yunxiao (2), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunlin (4)

Meskipun ramai yang mentertawakan dorang ni, keempat-empat kembar ni langsung tidak peduli . Mereka menjalani hidup seperti kanak-kanak yang lain tanpa peduli dengan pandangan masyarakat . 

Sumber

Thank you for reading this entry !

Wednesday, September 12

Tutorial

Tutor Blog
Tutor Photoshop


Tutorial Komputer



Software


Thank you for reading this entry !

Ketahui siapa UNFRIEND kita dekat fesbuk

Assalamualaikum ❤



Haaaaa ! Macam best je entry miss gigi arnab hari ni ? Mana tak best nye kalau tajuk nye pon dah buat kita rasa ingin tahu 'macam mana nak tahu siapa yang gatai-gatai dok buang kita dekat tong sampah fesbuk !'

Haa ! Korang pernah perasaan tak ada orang block atau unfriend korang dekat facebook ? Mestilah tak perasankan . Kalau perasan pun itu kebetulan je . So, Aten nak ajarlah dekat korang macam mana nak detect siapa yang unfriend kita dekat mukabuku ni secara sengaja . Tapi ingat ! ia hanya boleh guna pada Google Chrome saje taw !

1. Okeyy ! First step korang masuk ke laman web ni http://www.unfriendfinder.com/download
2. Then korang tekan Download & Install . Contoh macam dekat bawah ni .  



3. Korang klik Download & Install tu dan maybe akan keluar macam dekat bawah ni . Pastu korang Continue je okeyy !



4. Pastu akan terkeluarlah mesej box yang bernama "Confrim Installation" and klik "Install"



5. Tunggu dalam beberapa saat macam tu, terus automatic install dalam chrome korang .


6. Last  step korang pergi la refresh facebook korang tu and tetiba ada benda alah ni wujud di sebelah Home .


p/s: Aten kompem lepas korang buat ni mesti hidung korang berapi punya hahak !










Thank you for reading this entry !

Tuesday, September 11

Lagu berhantu ' Oppa Gangnam Style'

Assalamualaikum ❤



Haa sapo dekat atas ni ?

'Oppa Gangnam Style', lagu berhantu nyanyian PSY yang mengajuk aksi menunggang kuda dalam koreografi tarian untuk lagu terbabit ternyata mencipta satu kelainan dan mengujakan ramai makhluk-makhluk dekat planet bumi ni termasuklah Aten sendiri . Bila tengok klip video Psy ni dekat Youtube rasa seronok pulak sebab kelakar . Dengan aksi macam na libas kuda pon ada . Hahaha .

Bayangkan sebuah lagu yang hampir keseluruhannya berbahasa Korea ni sukar sangat kita nak paham apa maksud dan ape bendalah dia merapu meraban tu boleh diterima oleh semua orang . Fuhh ! Dasyat bukan?Lebih hebat apabila ada penyanyi barat ternama turut memujinya . Antaranya Katy Perry & Robin Williams .
Siapa sangka Psy yang pada mulanya dipinggirkan dan merupakan penyanyi bebas, kini dicari penyanyi dan pengubah lagu hebat dunia. Di twitter sekarang ni PSY jadi topik trending paling hangit diperkatakan . Psy atau nama penuhnya Jae Sang Park, 34 tahun, asalnya bukan sorang yang ada suara yang merdu apalagi pakej menarik untuk bergelar artis dinegaranya .Tulah dinamakan rezekikan . Jadi tak hairan la kalau dia tetiba je popular sebab tarian 'pelik' dia tu . 

Thank you for reading this entry !

Monday, September 10

Banner Majlis Rumah Terbuka Kelab Qaseh Raudhah ❤

Assalamualaikum ❤

Adoiiii ! Matilah macam ni . Bos suruh buat bunting tapi Aten pergi buat banner . Huahuahua !
Tapi selamat la bos kata tape, dia pergi tanya customer boleh tak kalau pakai banner  . Fuhh ! First time sy buat salah huhu . Dah buat banner tu datang pulak masalah banner nampak bergerigi . Kalut la Aten pikir macam mana yee nak buat banner ni nampak besar giler-giler kasi jelas . Korang tak faham aik ? Cer hentak kepala tu seratus kali insyaallah automatik paham haha . Orait ! Korang mesti nak tegokkan hasil titik peluh anak cik Jo ni buat banner rupa macam manakan ? Ada rupa gajah ke rupa ayam ke . Nak tegok tak ? Tak nak tegok tu ada aq kesah ? hehe

Taraa !


Tudia ! Banner ni order dari Kelab Qaseh Raudhah . Tak pernah pulak Aten dengar ahli kelab ni . 
Kelab jalan-jalan cari periuk nasik tu pernah ler huhu .
Si customer ni mintak background warna ala-ala pink gitu . I love its ! Haha .
 Alahai tergedik pulok hehe . 
Pastu dia nak saiz banner banting ni 5 feets x 2 feets .
Dan sebijik gambar orang tengah sakan melantak hahaha . Alah gambar ni pon Aten main rompak dekat carian Google tu . Main ambek je . Asalkan ada macam suasana tengah BERrumah terbuka . Daripada letak gambar orang tengah terjun longkang . Memang tade kena mengena langsungkan ?

Hari ni baru 10 September kan . So, majlis ni buat 16 September pada hari ahad nanti . Customer mintak urgent nak Sabtu nanti dan banner ni kena siapkan hari ni jugak . Sebab tu la kelam kabut pergi siapkan . Yelah nanti nak kena print lagi nak tu lagi nak ni lagi . Artwork ni kena siap cepa-cepat la baru lah ikut slogan PEKERJA BAJET DISIPLIN DAN SENTIASA CEPAT ! Macam tak pernah wujud je slogan ni 

Okeyy lar setakat ni saje Aten membebel . 
Kita sambung tahun depan pulak yee hahaha




Thank you for reading this entry !

Friday, September 7

Cerita Rubber Stamp - Part 1

Assalamualaikum ❤


Hari ni hari boring sedunia haha .
 Hari-hari Aten kena buat rubber stamp mana tak boring . Kekadang ada jugak rasa jemu di sudut hati cewahh ! Ayat tak boleh blar ^^,  
 Tapi Aten cepat-cepat buang perasaan tu sebab kita sebagai muslim sejati kenalah bersyurkurkan . Yelah rezeki datang daripada Allah mana boleh mengeluhkan . Apa lar ko no Aten . dengar tu  =.="

Tapikan masa 3 hari bulan 9 hari tu tiba-tiba je bos bagi kerja buat banner . 
Yahooo ! 
Seronoknya  !
 Macam menang loteri pulak 
lalalala~

Ni la banner yang Aten buat tu . Cantik ta ? Ngeee~



Seronok daripada hari-hari menghadap rubber stamp tu . Cakap pasal rubber stamp ni kan, adalah sorang kawan Aten ni, dia tak tahu apa tu rubber stampkan , dia tanya function rubber stamp la macam mana nak buat la . Aten cakap lar sebelum nak buat cop rubber stamp kena pergi menoreh dulu terus dia caye HAHA 
Lawak la dia tu . Mati-mati kena kencing . Alah saja gurau-gurau tapi tak sangka pulak dia percaya hahaha

Sesetengah orang je tahu rubber stamp ni apa benda  . Tak semua yang tahu . Betul tak ? InsyaAllah kalau ada masa Aten bagitau rubber stamp tu apa okeyy ?




Thank you for reading this entry !

Wednesday, September 5

Saya Buat Cover Fesbuk larr :)

Assalamualaikum ❤

Hyee Selamat berhari selasa hahaha ^^,
Haa ! Korang mesti tak sukakan timeline dekat fesbuk sekarang ? Jangan cakap korang je yg tak suka , Aten lagi-lagilah tak berapa nak berkenan . Serabut betoi otak bila pakai timeline ni . Dah la picture DP tuh kecik-kecik bebeno mengalahkan sepupu sepapat semut. Nak turn to back memang tak boleh dah . Penah lar sekali Aten p tukar jadi profile lama balik tapi hasil tak memuaskan jiwa raga betul lah .

Ramai kawan-kawan Aten membebel dekat facebook pasal timeline tu . Nak buat macam manakan . Bukan atok nenek kita yg buat so kita layan jelahkan . Dalam kita tak suka tuh apa kata kita creative sikit dengan timeline ni dengan idea yg kreatif . ( Ayat berbelit-belit suda )
  
Masa Aten tengah dok khusyuk skodeng blog orang, tetbe Aten tertengok gambar yg diedit dengan kreatif dan letak dekat cover timeline tuh . Cantik ! Ternganga sekejap Aten . Ni antara contoh-contoh cover dorang tulah . 





Dalam tu ada 40 cover kreatif taw . So, dari situ timbullah idea dalam kepala otak ni na kopi pasta apa yg dorang buat tu HEHE . Tapi ta lar cantik pon . Buat secara suka suki je sebab tu hasil tak berapa nak cun hihi.
TARAA ! Ni dia hasilnya huhu




Ala biar la tak berapa nak lawakan . Sekurang-kurangnya ada kemajuan & pemikiran semakin kreatif hahaha
Okeyy kita jumpa lagi yup ! 
Salam . .


Thank you for reading this entry !

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by