✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: October 2012

Monday, October 29

what !!

Assalamualaikum

Aku paling menyampah tambah benci kali begang sama dengan begong kalau jumpa ayat Sold Out ! Mengapakah ayat seperti itu ada semasa mood shoping aku sedang berganda-ganda mengalahkan kuasa kuda beli ikan buncit for my ibu ? ohh tidak ! hilang terus mood aku pagi ni nak beli itu ini . Semoga esok aku jumpa ayat Available pulakkan .  Mengherankan asal benda aku berkenan je ada je yang dengki nak pergi beli adoi ! Kacau keamanan aku nak beli terus . Tape lar baju . Tade jodoh antara kita untuk aku memiliki engkau :(
so, aku nak cerita pasal aku menyampah bab ni je . moral of the story, semoga penyakit menyampah aku ni tak berjangkit dekat orang lain . okbai !



Thank you for reading this entry !

Saturday, October 27

bulatkan mata korang

Assalamualaikum ❤

TOLONG LIKE FAN PAGE NI !


Hari ni aku nak tunjuk cara macam mana nak bulatkan mata . Ikut suka hati koranglah nak bualat berulat bolat pelat lalat pape pun sama ada perut, hidung or apa apa yang sewaktu dengannya . Caranya hanya mengunakankan formula kacang nak mampus saje sebab budak tadika kompem dapat A plus plus kalau khatam buat tutor ni . Okeyy tanpa merapu lebih-lebih malah aku tade mood pulak nak membazir air liur hari ni meh kita mulakan tutor kacang buncit ni . Opss ! lupa pulak ! tutor ni menggunakan software photoshop ye .

Mula-mula apa kata kita rembat ape-ape gambar dekat minah google . Kalau korang rasa nak edit wajah ayu korang tu pun boleh jugak (kalau nak perasan ayu seminit sesaat dengan mata bulat) Tak salah di sisi undang-undang daerah pun kalau nak edit gambar sendirikan . Tapi dekat sini aku malas nak bubuh wajah cun aku ni takut mat bangla tangkap cintan cintun dekat aku pulak hahahahahahak  ( perasan tahap tak malu) Kalau nak gambar serupa macam aku rembat dekat google ni boleh ambek dekat sini okeyy !

Macam biasa File - Open . Pastu dah ambek gambar idaman korang tu korang pergi dekat Filter - Liquify . Contoh macam dekat bawah ni .


 Pastu tetiba keluar window baru ni


 Menyemak jew kucing tu . Pastu korang pergi ambek Bloat Tool dekat tepi tu


Dah ambek tu korang tentukan saiz kecik-besar or besar-kecik berus tu . Macam mana nak kecik besar tu korang tekan simbol { dengan } dekat keyboard . Yang ni {  kecik , yang ni } pulak besar . Tak paham pandai-pandai la korang hahaha . Suluh berus dekat mata yang korang nak besarkan tu . Left klik jew dekat kawasan mata korang tu okey ! Hasilnya .....


Selamat mencuba yee :)







Thank you for reading this entry !

Wednesday, October 24

like ler fan page aku ni

Assalamualaikum ❤

ENTRY MOHON SIMPATI . Aku mintak kerjasama korang untuk like aku punya fan page ni . Macam orang kuno je aku ni baru nak buad fan page =.="

Tolong yee . Sedih aku tengok beberapa ketul je yang like sebab aku ni bukan reti promosi barang or orang . Aku mengaku aku  tak popular macam angeline juling tapi semua tu tak penting bagi aku . Nama pun newbie kan kan kan ? Apa aku merepek ni ? abaikan .

SILA LIKE DI SINI

suka tengok blog din yang dah bertukar pembalut buku  





Thank you for reading this entry !

Tuesday, October 23

kenduri kawen

Assalamualaikum ❤

21hb october bersamaan hari ahad, sempat jugak aku merasa nasik minyak kak yura . Walaupon cerita ni dah melepasi tarikh expired 24 jam janji ade aku kesah ? haha . Sape pulak kak yura ni wehh (soalan ala ala gangstar ni bukan aku yang tanya okey, tapi korang yang gatai gatai nak menanya haha )

okeyy ! Kak yura ni senior aku masa sekolah menengah dulu la . Kira member sekelas abang aku jugaklah malah merangkap ex abang aku ( Cinta kera dorang masa tu selama beberapa saat je ) Masa on the way nak pergi makan nasik minyak kak yura ni ada ke patut abang aku ni kata kak yura dah gatai nak kawen ? Haha . Dah jodoh dia masa berumur 20 tahun alhamdulillah ^^ . Agak agaknya kalau aku kawen tahun depan or kawen sebelum dia ni, dia kata aku gatai jugak tak ? No komen huhu .

Semoga kak yura and hubby-nya kekal bahagia dunia & akhirat . You two are one of the best couples i have ever seen, may Allah grant you a happy married life . Amin :) Disebabkan aku ni tak berapa minat nak bergambar, harap maaflah kalau gambarnya cukup-cukup makan je . Dan disebabkan pada masa tu pengantin lelaki ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan, masalah keperutan maybe ? ada ke istilah tu ? ada kot dekat kamus dewan seberguna haha . cuma ada gambar kak yura je yang sempat aku snap .
Lepastu terus lesap .


Terasa diri ini ada masalah terbantut yang sungguh kronik


Laki tu aku tak payah ler terangkan sape . dah alang alang muka aku dengan dia macam kembar siam . Yang sebelah tu tikah . junior masa sekolah menengah yang tetiba nak ikot hehe . sapa nak ngorat dia silalah dial 999 untuk keterangan lanjut . 









Thank you for reading this entry !

Wednesday, October 17

Download font cun-cun

Assalamualaikum ❤

Sebelum memulakan operasi nak download ni, saya nak bagi la dekat korang antara website yang korang boleh download font antaranya ...


Paling saya suka dafont . Dafont ni agak popular jugak . Ikut suka hati korang nak ambek dekat mana okeyy !

First step korang bukak website font yang korang nak download tu .

Klik gambar untuk jelas dan terang benderang


Pilih lar mana-mana yang korang berkenan dekat atas tu . Contoh kalau korang nak tengok keseluruhan font jenis Fancy korang klik je various tu okeyy 1


Bila dah jumpa font tercantik di dunia ni, korang klik je download dekat tepi tu. Automatik dia tengah download contoh macam dekat bawah .


Bila dah download tu korang klik yang ada format ttf or nama penuh dia at ic "TrueType Font" . Yang lain-lain abaikan .


Pastu tetiba keluar box ni korang tekan je Install dekat atas tu . Dan berehh !


Okeyy bagi masalah tade button install macam dekat atas tu jangan risau . Korang drag format ttf tadi ke desktop pastu right klik and ambek cut . Paste dekat font . Font tu dekat control panel . Jelas ?


Thank you for reading this entry !

Tuesday, October 16

MAGIC ! Hilangkan Objek - Part 2

Assalamualaikum ❤

Walaupun kita tiada kuasa macam otomen, batmen, supermen dan semua men men dekat dunia ni, korang jangan tak tahu sebenarnya kita ni dalam diam diam ada kuasa magic taw tapi tu la korang masalah betul . Tak sekor pun sedar yang korang ada kuasa mengalahkan kuasa letrik TNB tu hahak ! Tapi magic yang saya nak ajar hari ni bukannya magic nak hilangkan hidung korang ke apa ke tapi cara nak hilangkan objek dekat photoshop je . Macam biasa saya cuma bagi tutor yang senang senang je . Kalau sebelum ni saya ada bagi tutor macam mana nak hilangkan objek tapi menggunakan content aware . Kalau korang ketinggalan zaman entry pasal content aware ni bolehlah pegi dekat SINI dan baca sambil berlibur .

Bendanya sama je just nak hilangkan objek dekat muka bumi ni tapi guna tool yang lainlah . Dekat sini saya nak ajar dua kaedah nak hilangkan objek iaitu guna patch tool dan clone stamp tool

Kaedah Patch Tool
Mula-mula korang bukak ps and then File - Open . Ambek lar gambar gambar yang korang rasa nak edit tu . Kalau nak gambar sebijik macam Aten bagi ni bolehlah pegi dekat sini yee .

Pastu kita nak buat selection dekat kawasan yang kita nak magickan tu . Nak buat selection ni banyak kaedah dia . Suka hati korang la nak guna pen tool ke lasso tool ke or rectangular marquee tool ke tak kesah lah asalkan boleh buat selection yee bukan boleh buat bini ekeke . Up to you okeyy !


Lepas tu buat selection dekat kawasan yang korang nak hilangkan tu contoh macam dekat bawah ni 


Lepas buat selection, korang drag objek yang korang select tadi tu ke kawasan background oren tu menggunakan patch tool . Contoh macam dekat bawah ni .



Lepas sudah drag tu korang mestilahlah nak hilangkan selecton tadi tukan . Korang tekan ctrl + D . Lakukan Selection - patch tool berkali-kali dekat objek lain pulak . Nak guna rectangular tool pun boleh jugak . 


Tadaa ! Ni hasilnya ...


Jom belajar guna Clone Stamp Tool pulak . Cara kedua ni mudah sikit .

Kaedah Clone Stamp Tool
Macam biasa bukak File - Open . Ambek gambar yang korang nak edit . Pastu pergi ambek clone stamp dekat tool . Yang rupa dia macam stamp tu . Contoh macam dekat bawah .


Kalau dah ambek tu pergi dekat picture korang tadi and then halakan mouse dekat background warna oren tu tekan dan tahan Alt dekat kawasan background warna oren tu dan left klik . Contoh macam dekat bawah .


Pastu buat sampai hilang perkataan magic tu .


Dan siap ! Hasinya sama je . Selamat mencuba :) Kalau tak paham jangan malu malu ayam pulak nak g tanya .

Thank you for reading this entry !

Wednesday, October 10

rindu :(

Assalamualaikum ❤

Lama pulak tak update entry . Sori i'd been buzy with work . Dalam tengah-tengah sibuk tu terpandang pulak picture masa last sem dulu . Yup ! i admit rindu sangat-sangat waktu we all learn dulu-dulu . Saya ingat lagi masa tengah study dulu saya suka cakap "kekadang study ni boring jugak" haha . Bila sudah habis je study barulah terseksa jiwa raga meroyan rindu nak study balik la rasa nak pakai jaket biru balik la . I'm crazy now ! huhu . Sungguh tak bertamadun saya masa tu hahak !

Nak dekat hari-hari terakhir tu we all rancang nak jenjalan la kumpul beberapa cebisan kenangan sebelum berpisah uhuk! uhuk! sedih pulak :( Tapi masa tu ramai pulak yang cancel last minute grr~ Nak lengkapkan portfolio la apa la . Tapi alhamdulillah selamat la esok tu hari ahad dorang takde apa-apa plan nak pergi mana-mana yuhuuu ! Dengan dua bijik kereta we all plan nak jenjalan Pasific dulu and next baru singgah Queensbay, bukit bendera dengan BJ . Oitt ! Jalan sakan nampak . Banyak jugak la tempat kami singgah but i'm so sori i lupa nak ambek gambar hihi . Kalau ada pun tak banyak tu pun secara tiba-tiba terasa nak snap gambar hihi . Tu pun dekat pasific time kebuloq haha . Yela keluar tu pun tak teringat nak makan .


Kalau singgah mana-mana mall benda wajib mencecah mulut dulu adalah ice blog versi coklat . I dont know kenapa suka sangat makan benda alah ni huhu . Macam ABC pun ada . Siap ada bubble macam dalam ABC lagi tuuu . Kalau nak bubble cash 60 sen . Cisss ! Alamak dah licin ice blog nye . Kuat melantak betul haha .


Iklan promosi mangkuk ice blog . Haha . Ehem ehem sampai dua nampak haha .


Ni my fren . Yang dua orang lagi tu berjam-jam cari nasik tak jumpa-jumpa . Selamat tak sesat sampai kedai mamak . Eh ada ke dekat situ ? Huhuuu

Thank you for reading this entry !

Monday, October 8

Buat header transparent macam Aten

Assalamualaikum ❤

Wahh terasa lama tak update entry mengada kata dah lama padahal baru sehari tak update huhu hihi
Hari ni mood nak buat tutor lagi la pulak . Berkenaan dengan header . Edit-edit header yang Aten nak ajar ni pakai software ps or lebih dikenali adobe photoshop . Tak semua manusia dekat muka bumi ni reti guna ps ni . So, Aten nak tunjuk la macam mana nak edit header guna ps ni bagi yang tak berapa nak reti pakai ps ni .  Selalu kebanyakkan depa semua tu lebih suka guna photoscape dan sebagainya tapi guna ps lagi best la . Header Aten buat ni simple-simple je .

Sebelum tu korang ada tak software ni ? Kalau tade meh ambek dekat sini yee

Okeyy ! First step korang bukak dulu ps ni . Pastu klik File - New . Contoh macam dekat bawah ni

*sila klik gambar untuk lebih jelas dan terang benderang




Pastu bila korang dah klik benda alah tadi tu tetiba keluar box ni


Ikut suka hati korang nak bubuh nama header korang tu nanti apa dekat "Name" tu . Pastu pilih transparent pada "Background Contenrs" dan klik okeyy ! yang lain-lain abaikan .
Sila kurangkan resolution dalam 75 macam tu bagi mengelak pc korang berat.

Taraa ! ni rupa dia okeyy !


Sekarang kita nak buat operasi nak letak gambar dekat header tu kan .
Mula-mula korang bukak File - Open .


Cari la gambar yang comel-comel dekat google or nak letak gambar korang ke up to you la . Macam Aten rembat dekat google je hihi . Kalau nak gambar macam dekat atas ni bolehlah klik sini ye

Aten suggest korang ambek lar gambar jenis large supaya tak la nampak bergergaji gambar tu . Bila bergergaji tak cantik la gambar tu nanti . So, ambek la jenis besar gedabak sikit okeyy !


Lepas dah ambek gambar tu meh kita potong gambar ni dulu .
Aten !
Macam mana nak potong ni ? Haa korang pergi ambek crop tool dekat tool tepi tu lepas tu crop la . Kita nak potong sebab nak buang background warna putih tu .


Lepas dah crop jangan lupa tekan enter ye . Okeyy lepas tu korang pergi dekat layer tepi tu . Contoh macam dekat bawah ni .



Korang right klik dekat layer gambar korang tadi dan pilih "layer form background" . Kalau nak cepat klik dua kali dekat layer gambar korang tadi . Fungsi dia sama je . Nak layer tadi jadi "Layer 0" . Maksudnya nak layer tu jadi transparent la . Nanti bila potong background belakang tu senang nak buang . Sebelum ni layer tu or gambar korang tadi dalam format jpeg . So, bila nak buang or padam background belakang tu tak boleh la . Sebab tu kena buat layer tu jadi "layer 0" . Ada paham ? Lain la kalau gambar tu asalnya bukan jpeg tak payah gatai-gatai nak pergi buat haha .

Bila korang dah klik "layer from background" ni tetiba keluar box ni .


Klik je okeyy !

Pastu nak pergi buang background dia pulak korang kena selection gambar ni dulu tekan ctrl + A or nak lambat pergi dekat Select - All .

Lepas dah select tu, korang pergi dekat tool - magic wand tool . Pergi dekat atas tu ada empat kotak kecil . Ambek "subtract from selection" . Pastu klik dekat kawasan background warna putih ni . Contoh seperti dekat bawah ni .


Bila dah selection sekeliling gambar tu korang pergi ke Select - Inverse . Lepas tu tekan butang delete dekat keyboard . Automatik background dah pun hilang/buang/gunting dll huhu


Hasinya . . .


Nak hilangkan selection tu korang tekan ctrl - D okeyy !
Pastu drag gambar korang potong tadi ke header korang tadi menggunakan move tool .



Lepas dah drag tu mulakan operasi nak conteng apa-apa dekat header korang tu . Tapi sebelum tu adjust la dulu kedudukan gambar tu . Kalau nak "kecik - besar" or "besar - kecik" gambar tu korang just tekan ctrl + T or pergi dekat Edit - Free Transform kalau nak lambat hahak ! Kalau yang sudah biasa tu just tekan ctrl + T je . Lepas tekan ctrl + T jangan lupa klik benda kecik dekat atas tu yang rupa seakan-akan paper clip . Fungsi dia, bila kita tarik gambar tu tadelah kes gambar tu penyet ke lebar ke . Pastu letak la dekat mana-mana yang korang suka .


Letak la nama dekat picture korang tadi supaya senang na cari or buat apa-apa ubahsuai ke .
Bila dah letak dekat kawasan yang statik tu korang pergi ler menaip apa-apa yang korang nak merepek macam nak buat tajuk blog ke nak buat tagline ke pergilah dekat "Horizontal type tool" or yang berbentuk T dekat tool tu . Macam biasa kalau nak "kecik - besar" or "besar - kecik" tekanlah ctrl + T hihi


Abaikan perkataan tak berapa nak betul di atas hahak ! Lepas tu type tadi tu kita nak mekap sikitkan . So, korang pergilah dekat layer type korang tadi tu, nak lambat right klik and ambek "Blending Options" . Nak cepat korang klik dua kali dekat layer type korang tu or pergi dekat layer, dekat bawah sebelah add layer mask tu korang klik . Contoh . .



Haa ni cara paling cepatnya . .


Bila korang dah klik tu, tetiba keluar benda alah ni . Ikut korang la sama ada dah letak stroke , drop shadow ke dekat type korang tadi tu . Macam Aten ambek Inner Shadow . Adjust sampai puas hati korang and klik okeyy !


Taraa ! Siap sudah hasil edit mengedit ni korang save la dalam format png terus .





Siap ! Selamat Mencuba 


Thank you for reading this entry !

Saturday, October 6

3rd Contest : Header Paling Cute dan Kemas by Nadiah Solehah.

Assalamualaikum ❤

Marilah ramai-ramai menyokong kempen segmen yang dianjurkan oleh dear nadiah ni .



First time dalam sejarah melayu tercipta lagi bahawa Aten ni baru nak masuk apa-apa segmen . Macam orang hulu pulak semua nyew baru nak masuk & buat . Ahh ! tak kesah la kan .
Bagi menjimatkan beberapa liter air liur Aten meh reramai kita join contest by cik nadiah ni . Sokongan anda amatlah dihargai . Syaratnya mudah dan tak lar leceh mana . Dan kalau korang nak join meh pakat ramai-ramai pergi ke SINI

p/s: kalau mau join pastikan tags 2 orang kawan macam dekat bawah ni !

Aten tags :


Thank you for reading this entry !

Friday, October 5

MAGIC ! Hilangkan objek dengan Content Aware - Part 1

Assalamualaikum ❤

Hye korang semua . Hari ni dalam sejarah melayu la katakan Aten akan memulakan tutorial photoshop pertama dalam blog Aten ni hihi . Aten ni harap je ambek grafik tapi baru hari ni nak buat tutorial berkenaan dengan edit photoshop . Bukan apa, baru hari ni ada masa nak buat sebab buzy dengan kerja-kerja dekat tempat praktikal .

Okeyy tutorial ni senang je . Rasanya budak tadika kompem boleh buatnya sebab terrrr lampaulah senang hihi . Dan benda alah ni jugaklah paling-paling disukai masyarakat zaman sekarang iaitu macam mana nak hilangkan objek dekat muka bumi ni just mengunakan kuasa magic ditangan anda hahak !

Ekceli sebelum tu , Aten nak habaq la yang Aten ni tak la pro sangat dalam bidang photoshop or apa-apa yang sewaktu dengannya . Tapi bak kata Aten la, "tak salah newbie nak bagi tutorial" sebab setakat ni tak pernah pun melanggar kesalahan sosial or pape kesalahan dekat dunia ni hihi .

Abaikan mukadimah yang berjela-jela di atas, apa kata kita mulakan operasi meng-EDIT hari ni iaitu menghilangkan objek menggunakan Content Aware . Sebelum tu Aten nak habaq la dekat korang ni , tak semestinya semua photoshop macam cs1, cs2 or semua cs or jugak photoshop element dan sewaktu dengannya tu sama . Kekadang fungsi dalam photoshop tu ada dan ada yang tade . Kalau korang tak berapa nak faham silalah rujuk hencek google translate hahaha .

Content Aware ni Aten dapati ada dekat Photoshop CS5 . Kalau dekat CS3 ke CS4 or apa-apa CS mesti tade punya . So, pakailah CS5 . Kalau versi terbaru punya tu Aten tak pasti la ada ke tade Content Aware ni .

First step korang ambek la gambar yang korang nak hilangkan tu dulu . Contoh macam dekat bawah ni .



Kalau nak gambar macam dekat atas ni ambek dekat SINI . Dan kalau korang nak photoshop cs5 boleh ambek dekat SINI PULAK

Lepas tu, korang pergi dekat "Lasso Tool" . Senang citew korang ambek sepupu sepapat dia iaitu "Polygonal Lasso Tool" . Sebab ambek benda alah ni nak buat selection dekat gambar yang korang nak hilangkan tu . Dan kalau korang nak guna "Pen Tool" pun boleh, asalkan boleh buat selection . Contoh macam dekat gambar bawah ni .


Pastu korang buat la selection dekat sekeliling gambar korang nak hilangkan tu .


Kalau dah select, korang pergi dekat Edit - Fill



Bila korang dah klik "Fill" tu tetiba keluar box ni


Dekat "Use" tu korang pilih "Content Aware" and klik ok .

Tadaaa !!


Hilang dahkan . Tunggu ! Belum habis lagi .

Aik ?


Jangan risau . Untuk mencantikkan gambar ni korang pergi ambek eyedropper sepupu sepapat one drop perfume hahaha .

Dah ambek tu korang pergi celet dekat dengan gambar yang korang select tu supaya bila korang nak kaler dekat kawasan tu baru nampak sebati sikit . Contoh kalau korang tak berapa nak paham .


Celek dekat mana yang korang rasa kaler dia tak sebati tu .


Dah celet tu korang pergi ambek brush dan brush la sekeliling tempat yang korang rasa tak berapa nak sebati acuannya . Dan SIAP !



Okeyy sebelum tu Aten nak mintak maaflah kalau hasil yang korang buat nanti tidak menjadi dan tak memuaskan hati korang . Nak hilangkan objek ni dalam photoshop banyak caranya tapi sebelum tu Aten nak tunjuk dengan kaedah menggunakan Content Aware dulu . Insyaallah kalau ada masa Aten buat lagi tutorial hilangkan objek menggunakan kaedah lain pulak contoh macam menggunakan "Patch Tool" dan sebagainya . 
Selamat mencuba yup !


Thank you for reading this entry !

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by