✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: October 2013

Wednesday, October 30

KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Assalamualaikum ❤

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Hussamuddin bin Hj. Yaacub pada 1978. Majalah pertama yang diterbitkan merupakan majalah Mingguan Kanak-kanak. Berikutan dengan sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat, ini kemudiannya dikuti oleh tabloid mingguan Bacaria, Watan, Media Hiburan, Remaja, dan Nona.

Pasaran dalan bahan bacaan bahasa Melayu yang menggalakkan mendorong kepada peningkatan judul yang diperkenalkan oleh kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang ketika itu terletak di Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Penchala, Petaling Jaya. Pada penghujung 2002 syarikat kumpulan Karangkraf Sdn Bhd telah berpindah ke kompleks barunya di Shah Alam yang dikenali sebagai kompleks Karangkraf. Bangunan berwarna ungu ini terletak di atas tapak seluas 12.5 ekar menempatkan kesemua operasi Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd di bawah satu bumbung.

Sehingga 2008, kumpulan Karangkraf Sdn Bhd telah menerbitkan sejumlah 29 judul terbitan cetak. Pada 2010, Karangkraf mempunyai lebih 1,400 orang pekerja di seluruh Malaysia.

Sejarah Kumpulan Karangkraf

Tindakan seorang pelajar tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Haji Hussamuddin Haji Yaacob, menerbitkan sebuah buku ‘Kajian Sejarah Melayu’ pada tahun 1977, menjadi titik tolak bermulanya sejarah gemilang Kumpulan Karangraf Sdn Bhd (Karangkraf). Suntikan semangat sebenarnya datang daripada ayahandanya, Allahyarham Haji Yaacob Idris yang berjaya membesarkan anak-anak dengan cuma hasil kedai kecil ‘Toko Buku Yaacob Idris’

Kejayaan buku sulung terbitannya telah membakar semangat beliau untuk muncul sebagai penerbit berjaya. Langkah awal ialah menubuhkan syarikat Karangkraf. Sdn. Bhd. pada 1978, bersama-sama saudara-saudaranya, Haji Fickri Haji Yaacob dan Muhd. Nasir Haji Hamzah. Sebuah rumah sewa di SS 2, Petaling Jaya dijadikan pejabat operasi sekaligus kediaman mereka.

Sejak itu Karangkraf terus mengorak langkah dengan menubuhkan beberapa anak syarikat, antaranya Karangkraf Edar, Karya Bestari, Keluarga Communication, Bistari Distributor dan Karangkraf Cetak Sdn. Bhd.

Antara penerbitan awal Kumpulan Karangkraf ialah majalah Mingguan Kanak-Kanak yang pernah mencapai edaran 159,000 naskhah seminggu. Ini diikuti dengan penerbitan majalah Gelihati,majalah Remaja dan Bacaria. Di samping turut menjadi pengedar kepada 14 penerbitan lain, antaranya majalah Sarina, majalah Kisah Cinta, Watan, Alam Wanita dan Majalah Koleksi. Pada 1981 lagi, syarikat telah muncul sebagai pengedar akhbar dan majalah bumiputera terbesar di Malaysia.

Januari 1983 Karangkraf diperkasakan dengan penubuhan Kumpulan Karangkraf yang diterajui sendiri oleh Haji Hussamuddin, manakala abangnya, Mohd. Fahim menjadi Pengerusi.

28 November 1984 mencatat sejarah tersendiri bukan sahaja Kumpulan Karangkraf, sebaliknya dunia penerbitan tanahair. Kumpulan Akhbar Watan (KJ) yang ditubuhkan empat bulan sebelum itu telah menggabungkan tokoh politik terkemuka Tan Sri Mohd. Khir Johari (bekas menteri) sebagai Pengerusi dan Haji Hussamuddin sebagai Pengarah Urusan yang menerajui kemunculan semula akhbar Watan (yang diambil alih daripada penerbit sebelumnya, Pustaka Antara).

Dari sebuah rumah sewa, Kumpulan Karangkraf memperkukuhkan operasi dengan memiliki bangunan 3 blok, 3 tingkat di No. 50 & 52, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, sebagai premis perniagaan. Begitu juga dengan jumlah kakitangan yang bertambah secara mendadak selaras dengan keperluan majalah-majalah yang diterbitkannya.

Namun begitu, sebagai sebuah syarikat penerbitan yang berdaya maju, suatu ‘lompong’ yang perlu dilengkapi ialah urusan pencetakan. Syarikat berasa sudah tiba masanya memiliki syarikat pencetakan sendiri, sekaligus tidak bergantung harap dengan syarikat pencetakan lain untuk mengeluarkan majalah-majalah terbitannya.

Maka tertubuhlah Ultimate Print Sdn. Bhd. (UPSB). Kesungguhan dan keyakinan membolehkan UPSB bergerak pantas walaupun terpaksa menempuhi pelbagai ranjau dan cabaran.

UPSB yang mampu mencetak sehingga 2 juta naskhah setiap bulan dilengkapi dengan pelbagai jenis mesin yang canggih di samping para pekerja mahir. Justeru pada Oktober 2004, UPSB telah dianugerahkan sijil antarabangsa ISO 9001:2000.

UPSB dan Kumpulan Karangkraf bergerak seiring. Pada Oktober 2003, dengan jumlah 27 judul, Kumpulan Karangkraf telah diiktiraf sebagai penerbit majalah Bahasa Melayu terbanyak oleh Malaysian Book of Records. Anugerah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Kumpulan Karangkraf terus merancakkan nadi industri penerbitan tanah air. Penubuhan Alaf21 pada April 1997 dan Buku Prima Sdn Bhd pada 2006 memberi ruang kepada penulis dan masyarakat pembaca untuk berkongsi ilmu.

Terkini, akhbar Sinar Harian yang diterbitkan sejak 31 Julai 2006 di Kota Bharu, Kelantan menjadi satu lagi bukti kejayaan Kumpulan Karangkraf. Selepas mendapat sambutan di luar dugaan di Kelantan dan Terengganu, Sinar Harian kini diterbitkan untuk edisi Pahang, edisi Selangor & KL, edisi Melaka & Negeri Sembilan, edisi Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)dan ini akan diikuti edisi Perak dan juga edisi Johor

Sumber: Wikipedia

Thank you for reading this entry !

PERLUKAH?



Assalamualaikum ❤

Soalan: Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian, dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan pada isteri?

Ustaz Azhar Idrus:

Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian, dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.

Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.

Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah, dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri mintak baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.

Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengurat nurse lagi.

Jadi, suami cuba fikirlah samada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya...

Thank you for reading this entry !

Sunday, October 13

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Assalamualaikum

Amboi tudia.. bila dah lama tak update status dekat facebook, bubuh gambar dekat instagram, merepek dekat twitter dan paling penting buat gosip hangit dekat blog bukan main lagi ye berjoli sakan sampaikan ibu panggil suruh tebang pokok bunga pun buat derk je.

Ok abaikan ayat pendahuluan dia atas
|
|
|
V
Pada hari jumaat yang lalu bersamaan 11 hari bulan 10 pada tahun 2013 team grafik berpakat nak celebrate birthday Puan Wan yang sinonim dengan tag name MAMA. Ala nama pun nak celebrate betul tak, jadi kena la ada babak-babak suprise sikit. Jadi bebudak junior pun pergi la pung pang pung pang Puan Wan sampai berapi telinga dia marah woo. Dengan perasaan marah yang membuak buak di dada dia pun menuju ker lab kitaorang.

Setelah beberapa minit test suara yang garau ni supaya bertukar menjadi merdu akhirnya terkeluarlah lagu

 HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU MAMA
HAPPY BIRTHDAY TO YOU 

Dengan perasaan hibanya dia teroyak macam kami ni dah belasah dia pulak :p

Kebetulan kami pun berpakat celebrate birthday kengkawan yang beranak bulan oktober ni. Happy belated birthday amirun, ira, apan, thiveya, fikri dan qeyra. Kepada terlupa nak sebut tu sori k :p


 KHAS UNTUK LECT KAMI PUAN WAN YANG DISAYANGI 

Dear lect, maafkanlah kami jika selama ini kami degil, sengaja lewat-lewatkan masuk lab dan abaikan assigment yang bertimbun-timbun tu. Terima kasih kerana sabar melayan kami. 
Terima kasih kerana mengajar kami dengan penuh kasih sayang. 

Apa yang terbentuk pada diri kita sekarang ini, sebahagian besarnya telah dibentuk oleh guru-guru kita. Ketinggian pengorbanan mereka menjadikan kita tinggi pada pandangan manusia dan pada Yang Maha Esa. Terima kasih kerana telah menjadikan kami manusia.  Jazakumullahu khairan.  Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang tinggi kepada dirimu. Amin..

Thank you for reading this entry !

Wednesday, October 2

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Assalamualaikum 


Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

  •  Baca Bismillah 1 kali
  •  Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  •  Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  •  Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah,  kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan  akhirat)
  •  Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa


Amalan kedua

  •  Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11  kali sebelum mengadakan jimak.
  •  Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.• Isteri    hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air    tersebut diminum.
  •  Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Allah SWT sahaja yang menentukannya.

Thank you for reading this entry !

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by