✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ

Tuesday, March 25

Halal ke Lotte Pepero ni?

Assalamualaikum

Sekarang ni aku nak cakap sikit pasai pepero yang tengah kecoh ayam dekat ig tu. Depa dok kalut p tayang pepero tu kononnya bangga tahap nak kembang hidung dapat makan sejenis biskut coklat celup berkacang yang kononnya made in korea tu. Dah hantu kpop, bab makan pun tak mahu kalah kpop nyer. Walaweh! Terbaik hekhekhek

I know baru baru ni la kot tengah dok kecoh pasai pepero yang dah selamat landing dalam perut korang tu termasuk dah masuk dalam perut aku sendiri, sebenarnya pepero tu harammmm! Biar betik?

Ok2 jangan gelabah ayam k! Wat lek wat cun jap. Aku tahu ramai yang menangis meraung sampai meleleh leleh sekarang ni. Apa apa pun kita tak boleh main tembak dan serbu je yang benda tu haram. Selidik dulu asal usul keturunan pepero ni dulu k.

Tak semestinya bila produk tu takda label halal makanan tu automatik haram! Tapi janganlah terlalu mengharamkan hanya kerana takda logo halal baik dari mana mana agensi sekali pun. Kalau boleh korang selidik dulu kalau rasa was was kehalalannya. So far, apa yang aku tahu antara keempat empat kotak pepero tu, pepero almond yang berkaler hijau tu boleh makan. 

Bagi akulah kan, kalau kita rasa was was dengan makanan tak pasti halal haram ni lebih baik dijauhkan la. Lagipun banyak lagi produk berasaskan coklat yang boleh kita makan. Jika mengandungi ramuan yang syubhah dan tiada pula status halal, maka kita sebagai pengguna wajar elakkan makan produk sebegini. *Menjauhi Yang Syubhah Adalah Lebih Baik*

Tips Mengenali Bahan Tidak Halal Menggunakan Bahasa Korea

Mungkin butiran di bawah boleh membantu untuk ketahui samada produk dari Korea boleh dimakan atau tidak. Panduan ini adalah panduan asas yang diambil dari Facebook Halal Korea. Semoga bermanfaat, in Sha Allah.



Aku musykil dengan satu benda ni. Walaupun ada statement student dekat korea kata hanya pepero almond je boleh makan pepero lain tak boleh, boleh confirm tak yang cara pemprosesan dan mesin yang digunakan berbeza? Kalau diorang guna mesin sama untuk coklat yang ada kandungan tak halal.. cemana? 

Thank you for reading this entry !

Tragedi Pesawat MH370

Assalamualaikum

Malam tadi tengah khusyuk buat assignment tiba tiba aku dapat tahu dari membe pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi. Allahuakbar! Marilah sama sama kita sedekahkan Al-fatihah kepada penumpang2 pesawat MH370 yg beragama islam. Innalillahi wainna ilaihirrojiun. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Amin..


info: 




Video gambaran di lautan hindi



Thank you for reading this entry !

Monday, March 24

Apabila blog buat hal

Assalamualaikum  
Sorryyy.. Dah lama wa tak update blog. Nak dekat 2 bulan jugak la kan. Sejak blog ni jadi macam tumis belacan, takda mood terus nak melayan. Dengan nrelate tetiba menghilang, dengan url blog kejap ok kejap tak. Sampai membe sendiri bising blog ni dah jadi arwah ke ape. tetiba tak boleh bukak pulak.

Soryy guys! Sebeno nye aritu ikotkan hati yang tak berapa teguh ni nak tukar nama blog ni kepada nama asal aku la cita nyer. Macam katun je pakai MIAAUSS tu. Sejak tukar tu habis semua benda tak boleh bukak. Menyesal tahap beruk aku dibuat nyer.

Ok la weh. Arini tak cukup bateri nak cakap banyak. Insyaallah kalau rajin nanti aku nak update pasai pepero pulak.

Amende tah pepero tu?

Alah pepero ni macam biskut rocky tu. Tapi dia ni bersalut dengan kacang sekali. Makan sekali terus terangkat nak makan banyak kali hekhekhek! Baru je malam tadi aku dapat merasa taw. Sedih betul. Tu yang meluap luap teringin nak makan bila dekat ig ramai dok kecoh tayang pepero tu. Orang lain dah lama telan, aku dok berjanggut tunggu orang kasi makan. Susah nak dapat k. Ada orang sampai kena menyelam p langkawi baru dapat taw.

Ada apa dengan pepero tu tunggu jela ye. Tungguuuuuu…..

Thank you for reading this entry !

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by