✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: June 2013

Saturday, June 22

Cerita Disebalik Ayat Kursi dan Kelebihannya

Assalamualaikum ❤
sumber gambar: shafiqolbu 
Kelebihan ayat Kursi ini insyaAllah kita terpelihara daripada gangguan syaitan.

Sabda Nabi SAW..
Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi, sehingga habis ayat. Maka sesungguhnya akan sentiasa ada penjaga daripada Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi – Riwayat Bukhari
Aten juga ingin kongsi kisah benar seorang wanita yang baik akhlaknya datang dari Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat. Kisah ini Aten ambil dari paper Metro hari Jumaat 21 Jun 2013. Kebetulan Aten pernah membaca kisah ini dalam Mastika tapi terlupa mastika edisi ke berapa.

Pada suatu malam, wanita ini dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat atau orang lebih suka panggil  short cut. Disebabkan hari sudah lewat malam, dia gelisah dan takut apabila melalui lorong tersebut. Lebih-lebih lagi ternampak ada seorang lelaki (kulit putih) bersandar di tepi dinding di lorong itu.

Dia mula rasa tak sedap hati dan terus membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia pada saat itu. Akhirnya dia berjaya melepasi tempat lelaki yang bersandar itu dan sempat menoleh dan dapat mengecam mukanya.

Keesokkan paginya, wanita itu terbaca akhbar mendapati  seorang perempuan dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong dia lalui semalam, hanya sepuluh minit selepas dia melintasi lorong berkenaan.

Dia yakin lelaki berkulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ini dapat mengenal suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki terbabit adalah perogol yang dicari. Tapi wanita itu hairan kenapa lelaki itu tidak menjadikan dia mangsa walhal dia keseorangan ketika melalui lorong itu tapi masih dipilih perempuan yang lalu selepas dia.

Wanita ini hendak sangat tahu sebabnya dan meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol terbabit. Dia tanya perogol itu dalam bahasa Inggeris dan diperterjemahan dalam bahasa melayu.
Kenapa awak tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja pada masa berkenaan?
Perogol itu menjawap.
Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang berada di sebelah kanan dan seorang lagi berada disebelah kiri awak. Kalaulah awak seorang diri pada malam itu sudah pasti awak menjadi mangsa saya.
Wanita itu berasa terkejut. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memeliharanya pada malam itu, mungkin juga berkat  membaca ayat Kursi.

MasyaAllah. Begitu hebat sekali apabila mengamalkan membaca ayat Kursi ini. Lebih-lebih lagi apabila mendapati ada gangguan syaitan.

Pernah suatu malam, masa aten tengah seronok beragan tiba-tiba terdengar anjing menyalak. Mengucap panjang aten dan kerana terlampau takut aten membaca ayat Kursi itu banyak kali sampai tertidur! Anjing ni kalau menyalak tandanya dia terlihat syaitan. Dan kebetulan pada masa itu sedang kecoh dengan kes gangguan orang minyak. Astagfirullah al azim. Jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan yang direjam,
Semoga ayat Kursi ini sentiasa diamalkan bersama. Jazakallah kairan kasira..




Thank you for reading this entry !

Tuesday, June 11

memasak ala-ala masterchef

Assalamualaikum ❤

Alhamdulillah pada hari ini aten nak bagi tahu cara-cara nak masak kuah percik. Kuah ni diajar oleh kak yong, merangkap sepupu aten tapi diolah sedikit bagi nampak aummm!


Bahan A (dikisar)
  • Lengkuas - bawang merah & putih - serai - kunyit hidup (mahu guna serbuk kunyit pun boleh) - sedikit air

Bahan B
  • minyak masak - cili kisar - serbuk cili - serbuk jintan manis - serbuk jintan putih - gula merah - tomato (dipotong dadu) - madu

Bahan C
  • Bahan mentah yang ingin diperap seperti ayam, hotdog, seafood dll.

(Kuantiti bahan ikut selera masing-masing sama ada nak masak dalam kuantiti sedikit atau banyak. )

Cara memasak

Mula-mula panaskan minyak. Masukkan bahan A yang telah dikisar tadi dan juga cili kisar.


Masak sampai pecah minyak


Seterusnya masukkan serbuk cili, jintan manis, jintan putih, gula merah. Kacau bagi sebati. Masukkan tomato yang sudah di potong dadu


Janga lupa perasa PASTI SEDAP dan garam secukup rasa. Nanti tawar pulak.
Akhir sekali masukkan madu. Mudah bukan? Pastikan sentiasa kacau supaya kuah termelekat di kuali serta hangus. Dan akhir sekali cuba testing ada rasa masam dan manis atau tidak. Sukatan tu ikut DAN masing-masing.  Aten pun main campak-campak dan hasilnya tersangatlah aumm!

Oh ya jangan lupa kuah ni perapkan dengan ayam atau apa-apa sahaja bahan yang korang nak bakar selama seharian. Dan simpan sedikit jadikan sebagai kuah untuk mencicah. Selamat mencuba J




Thank you for reading this entry !

Sunday, June 9

Tragedi first date

Assalamualaikum ❤
Pertemuan pertama atau dalam bahasa Uganda lebih dikenali sebagai “first date” ini sering terjadi kepada orang yang baru berjinak-jinak nak bercinta. 

By the way, tak kesah la kenal dalam hutan ke facebook ke atau dalam reban sekali pun mesti nak dating atau bahasa mudahnya date. 

Bila tengah syok date tu banyak perkara yang perlu dielakkan antaranya.. 


  • Tidak tepati masa/janji 

Tolong keluar lebih awal. Paling bagus selepas solat subuh ke. Orang yang memungkiri janji ni orang yang munafik. Ikat jam dekat kepala pun satu kaedah yang paling-paling popular bagi orang kerap makan semut ni. 


  • Telefon

Kalau boleh jangan terlalu berkepit dengan telefon. Telefon pun satu asyik nak berkepit je dengan kita. Habis siapa yang harus dipersalahkan? Lu pikir la sendiri. 


  • Mata

Tolong jangan gatal beberapa jam bila anda bersama si dia. Jaga mata daripada terjonggol keluar apabila tertengok perempuan atau jejaka yang tak cukup kain. Astagfirullahalhazim mengucap mengucap.. 


  • Maksiat 

Jarang kita tengok bila date bawak orang satu stadium kan? Bagus ni. Boleh mengelak fitnah. Biasalah mulut orang ni kekadang macam loji sampah. Ada je benda nak mengumpat macam tak cukup mulut sampai tak sedar tersembur air liur ish ishh ishhh.. 


  • Cerita basi

Bukak topik pasal hubungan lalu boleh terjerumus ke lembah ke’menyampah’an si dia. Tak pasal-pasal hilang terus mood nak berdating. Tak ke nanti berkumandang lagu pelamin anganku musnah selepas itu. Eh ada kena mengena ke? 


Ku angankan pelamin indah, untuk kita berdua singgah. Sayangnya.. semua MUSNAH..... 

Alahai syahdunya.. Selamat beramal ♥

p/s: Payah betul update pakai galaxy s4 ni =.="

Thank you for reading this entry !

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by