✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Pengalaman....

Tuesday, January 1

Pengalaman....

Assalamualaikum ❤

Alhamdulillah hari ni terbuka hati aku nak cerita pasal pengalaman berpraktikal dekat kedai bernama Fasta Enterprise ni. Itupun atas permintaan akak Aini. Ada yang kenangan masin dan ada juga kenangan kurang pekat manis. Lagi manis susu cap F&N tu.

Praktikal ni boleh dikatakan sambil berpraktikal sambil kerja. Bila kita praktikal ada la sikit rupa orang macam dah kerja. Kerja dekat Fasta ni tak la best mana sebab hari-hari dok menghadap rubber stamp. Masa aku study dulu mana ada subjek belajar rubber stamp. Dah cik (pensyarah) kata kalau bos suruh sapu sampah sekali pun kena buat, so buat jelah.

Setahu akulah setiap institut kalau sedang praktikal ada dapat buku log. Tak kira la IKM ke ILP ke IKBN ke mesti ada buku log. Tapi kalau Universiti ni aku tak tahulah sebab aku ambil sijil je dulu. Dalam buku log tu kita kena tulis apa yang kita buat selama kita berpraktikal ni. Dalam buku log aku tu penuh dengan kerja rubber stamp je. Sungguh membosankan you know! Kalau buat design boleh kira dengan jari je. Insyaallah nanti aku post la beberapa artwork yang aku buat untuk Fasta tu. Ada sorang blogger ni tak sabar pulak nak tengok design tak seberapa aku ni selama kerja dekat Fasta. Siapa lagi kalau bukan Din. Dia ni pun graphic designer and still belajar dekat Uitm sekali dengan kak Aini.

Pengalaman paling manis semasa praktikal dekat Fasta ni, buat kali pertama bos belanja makan kek aiskrim.Gila! Sedap sangat kot. Kalau sebelum ni bos cuma belanja pekerja dia makan kek cap secret recipe je . Aku ingat lagi masa birthday kak ming bos suruh pilih nak kek mana satu dekat laman web secret recipe tu la. Aku tak sangka terpilih kek yang paling besar gajah sebab dalam gambar tu punya la kementot je rupa keknya. Jadi terpaksalah aku telan dalam terpaksa kek tu sampai habis sampai nak termuntah la jugak. Kompem lepas ni aku dapat kencing maniskan =.="

Bos aku ni memang sporting dan baik jugak orangnya. Tapi masa kerja tegas mengalahkan bapak aku je. Kalau dia cuti pergi oversea dengan bini dia, dia tak lupa bagi buat tangan. Macam-macam harta benda dia bagi dan paling aku tak lupa dia bagi aku key chain comel berupa rubber stamp. Sungguh cute :)





Thank you for reading this entry !

2 comments:

  1. Akhirnya..hehe. ohh..kalau banyak masa cerita lagi..hehe..best sebenarnya dengar pengalaman orang..faten pratikal berapa lama? din? dah lama tak dengar cerita dia. busy2..hehe. Kalau dekat u praktikal pun kena tulis dalam buku log juga..akak tahu daripada kawan akak yang pratikal. hehe..dia tanya kalau buat air utk bos kena tulis juga ke. Rubber stamp yang cop2 tu kan..haha..ish2 kesian adik akak ni..pengalaman tu.

    ReplyDelete
  2. hok sapo dio yang duk seru namo ambo hahaha :D

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by