✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: TRIP TO KL YUHUUU!!

Friday, November 1

TRIP TO KL YUHUUU!!

Assalamualaikum
Hari ni just nak updated last week punya aktiviti je. Pada hari khamis bersamaan 24hb, we all ( graphic team ) dengan cerianya heading to KL untuk menghadiri seminar printing yang berlangsung keesokkan harinya.


Muka excited selepas belasah nasik lemak Mak Jemah tepi rumah :p

Asalnya pada hari tu kami ingin melawat kilang KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Kenapa la bangunan ni tak bubuh kaler pink. Barulah sempoi gitu..


Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut mengenai KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF.

Sebelum menuju ke MEDIA KARANGKRAF, tengah hari itu kami sempat melantak sekejap dekat Ar Rasheed Bistro. Entah dekat cerok mana kedai mamak ni. Yela terlelap sekejap sebab terbelasah nasik lemak Mak Jemah yang sedap tu. Bestnya baru aje nak berangan, order sekejap jer dah sampai. Alah order mee goreng mamak je pun. Rugi kalau mai tak pekena mee goreng mamak yang sedap tu. Air tarik dia cun! Aney tu siap buat goyang gerudi depan kami lagi taw. Tak caya p datang sendiri ;p


Cover muka kebulur dengan senyuman sehabis gedik

Masuk je pintu utama Karangkraf tu terus sergah Karangkraf Mall yang terletak berdekatan dengan kaunter khidmat pelanggan. Gelojoh betul. Mana tak gelojohnya. Novel bapak punya murah! Dan paling best ada novel  berharga RM5 jer! Last last kena halau dengan lecturer. Sedih sedih sedih..
Ini novel haa zaman wa tak keluwa belanak lagi maa sebab itu ohlang kasi wa murah maa :p 

Ok! Ni pulak uncle Hashim or nama penuh dalam ic Hashim Anang :p Uncle Hashim ni sempoi woo.. Rugi kome tak ambek uncle ni buat pak mentua. Dia ni lah yang mengiringi kami dari mula masuk sampailah keluar dari Karangkaf tu. Thanks sebab susah-susah je belanja kami makan mee goreng mamak free masa tu hehehehe..
Mesti korang tertanya-tanya makhluk apa ni kan kan kan? Haa ni pulak bukan bahan dalam pameran. Jauh sekali seni graviti. Ni adalah dinding kenangan Karangkraf or biasa kita dengar orang panggil wall sticker. Dekat dinding ni penuh dengan sejarah penubuhan dan yang berkaitan dengan sejarah awal penerbitan Karangkraf.

Selepas tu Uncle Hashim bawak kami ke Unit Bahagian Majalah Karangkraf dan berjumpa dengan staf-staf graphic designer. 





Lepas tu kami pun pergi ke bahagian percetakkan pulak. Dimana surat khabar Sinar Harian, majalah-majalah dan novel di cetakkan. Serius sangat jakun pada masa ni. Dengan mesin bapak punya besar. Lori pun boleh runtuh kalau bawak semua mesin ni.
 Lupa la nama pakcik ni. Sampai berbuih mulut pakcik ni terangkan dekat kami pasal mesin-mesin besar gedabak tu.




Ni kertas nak buat surat khabar. Kalau jatuh ni kompem tak ke  penyet kita nanti.


Sesudah jelajah satu bangunan Karangkraf  kami pun dijamu dengan chicken chop, nasik ayam penyet n bla blaa blaa.. padahal makan mee goreng mamak jer pun. Nampak beno nipu nyer hehee..

Akhirnya CEO Karangkraf, Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub sempat meluangkan masa minum petang bersama kami :)






Sebelum balik kita posing cun dulu okay! Bukan selalu dapat berkepit,berlaga bahu dan bergambar sakan dengan CEO Karangkraf ni :p

Lepas tu apa lagi moh ler kita p borong buku sampai licin!
 Rugi tak beli majalah PC ni. Dalam nih ada tutorial berkenaan photoshop. Sesiapa yang hantu photoshop tu silalah beli. Memang tak rugi kalau beli. Orang yang tak beli tu jer yang rugi hehehe..




 Muka excited nak bayor :p


 Abaikan budak bertudung kelabu tu. Dia memang selalu kalut macam tu :p ishh sapa ler gedik main snap nih !!

End.. Hujan sedih. Sedih berpisah dengan pakcik Hashim huahuahua :p Masa ni kami on the way ke ADTEC Shah Alam untuk tidur semalaman. Sori la bebudak ADTEC sebab kami menyemak dekat situ sekejap hehee. Ohh ya insyaallah nanti Aten update pasal seminar printing di PWTC yang terjadi pada keesokkan harinya. Tunggu yaw..  Assalamualaikum jumpa lagi yer..

Thank you for reading this entry !

4 comments:

  1. pengalaman yg takkan dilupakn...iye dok..? novel tu sally dah baca...sedih je cerita dia :(

    ReplyDelete
  2. Wohoooo...best nye...lagi best kalau dapat beli novel bebanyak..

    #Salam kenal derrrr,1st tyme cik singgah blog ne.Alahai tertrik cik dgn dsgain2 widget2..Kemas dan sedap mate memandang..

    ReplyDelete
  3. wah best giler....lepas ni giliran ak plak haha

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by