✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Kelebihan surah Al-Ikhlas

Friday, May 24

Kelebihan surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum ❤

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim... bismillahirrahmannirrahim”

Tafsirannya: Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh badan kita, mereka akan berlari umpama cacing kepanasan. Sebelum memasuki rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas iaitu:
Qulhuwallahu ahad. Allahusomad. Lamyalid walam yulad. Walam yakul lahu kufuwan ahad”
Sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawap persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seseorang yang jarang solat akan sukar menjawap salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawap soalan malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit hingga meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnyadan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqimlalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)
Rasulullah S.A.W. pernah bertanya sebuah teka teki kepada umatnya.
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Quran dalam jangkamasa dua-tiga minit?”
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawap. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Quran dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali (masih kecil ketika itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Rasulullah S.A.W. menjawap dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah S.A.W.) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sehara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkatalah mereka:
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas. Baik ianya lelaki mahupun perempuan”

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi:
“Demi Allah yang jiwaku di tangannya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s., Allahu Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s., Lamyalid Walam Yulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s., Walam Yakullahu Kufuwan Ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.”
Jika sekiranya ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W. :
“Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”
Sesungguhnya apabila matinya anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawa bersama:
  • Sedekah/amal jariahnya
  • Doa anak-anaknya yang soleh
  • Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama. Wallahualam..




Thank you for reading this entry !

4 comments:

  1. Subhanallah. Thanks sis! mohon share ye :) entry yg sangat sangat sangat berguna.

    ReplyDelete
  2. subhanaAllah.. good sharing sis.
    jemput follow blog diyana ye.. tq
    www.diyanamarissa.com

    ReplyDelete
  3. thanks for the info.! Subahanallah

    ReplyDelete
  4. thanks,good info
    tp ade sikit pembetulan
    bismilla hirrahma nirrahim
    rahmaNNirrahim(double N) adalah salah.bole refer dlm jawi..
    juz share,maaf jika sy salah

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by