Hari ni just nak updated last week punya aktiviti je. Pada hari khamis bersamaan 24hb, we all ( graphic team ) dengan cerianya heading to KL untuk menghadiri seminar printing yang berlangsung keesokkan harinya.
Muka excited selepas belasah nasik lemak Mak Jemah tepi rumah :p
Klik SINI kalau nak tahu lebih lanjut mengenai KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF.
Sebelum menuju ke MEDIA KARANGKRAF, tengah hari itu kami sempat melantak sekejap dekat Ar Rasheed Bistro. Entah dekat cerok mana kedai mamak ni. Yela terlelap sekejap sebab terbelasah nasik lemak Mak Jemah yang sedap tu. Bestnya baru aje nak berangan, order sekejap jer dah sampai. Alah order mee goreng mamak je pun. Rugi kalau mai tak pekena mee goreng mamak yang sedap tu. Air tarik dia cun! Aney tu siap buat goyang gerudi depan kami lagi taw. Tak caya p datang sendiri ;p
Cover muka kebulur dengan senyuman sehabis gedik
Ini novel haa zaman wa tak keluwa belanak lagi maa sebab itu ohlang kasi wa murah maa :p
Ok! Ni pulak uncle Hashim or nama penuh dalam ic Hashim Anang :p Uncle Hashim ni sempoi woo.. Rugi kome tak ambek uncle ni buat pak mentua. Dia ni lah yang mengiringi kami dari mula masuk sampailah keluar dari Karangkaf tu. Thanks sebab susah-susah je belanja kami makan mee goreng mamak free masa tu hehehehe..
Mesti korang tertanya-tanya makhluk apa ni kan kan kan? Haa ni pulak bukan bahan dalam pameran. Jauh sekali seni graviti. Ni adalah dinding kenangan Karangkraf or biasa kita dengar orang panggil wall sticker. Dekat dinding ni penuh dengan sejarah penubuhan dan yang berkaitan dengan sejarah awal penerbitan Karangkraf.
Selepas tu Uncle Hashim bawak kami ke Unit Bahagian Majalah Karangkraf dan berjumpa dengan staf-staf graphic designer.
Lepas tu kami pun pergi ke bahagian percetakkan pulak. Dimana surat khabar Sinar Harian, majalah-majalah dan novel di cetakkan. Serius sangat jakun pada masa ni. Dengan mesin bapak punya besar. Lori pun boleh runtuh kalau bawak semua mesin ni.
Ni kertas nak buat surat khabar. Kalau jatuh ni kompem tak ke penyet kita nanti.
Sesudah jelajah satu bangunan Karangkraf kami pun dijamu dengan chicken chop, nasik ayam penyet n bla blaa blaa.. padahal makan mee goreng mamak jer pun. Nampak beno nipu nyer hehee..
Akhirnya CEO Karangkraf, Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub sempat meluangkan masa minum petang bersama kami :)
Sebelum balik kita posing cun dulu okay! Bukan selalu dapat berkepit,berlaga bahu dan bergambar sakan dengan CEO Karangkraf ni :p
Lepas tu apa lagi moh ler kita p borong buku sampai licin!
Muka excited nak bayor :p
End.. Hujan sedih. Sedih berpisah dengan pakcik Hashim huahuahua :p Masa ni kami on the way ke ADTEC Shah Alam untuk tidur semalaman. Sori la bebudak ADTEC sebab kami menyemak dekat situ sekejap hehee. Ohh ya insyaallah nanti Aten update pasal seminar printing di PWTC yang terjadi pada keesokkan harinya. Tunggu yaw.. Assalamualaikum jumpa lagi yer..
pengalaman yg takkan dilupakn...iye dok..? novel tu sally dah baca...sedih je cerita dia :(
ReplyDeletewoah bestnyer :D
ReplyDeleteWohoooo...best nye...lagi best kalau dapat beli novel bebanyak..
ReplyDelete#Salam kenal derrrr,1st tyme cik singgah blog ne.Alahai tertrik cik dgn dsgain2 widget2..Kemas dan sedap mate memandang..
wah best giler....lepas ni giliran ak plak haha
ReplyDelete