✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Tolonglah !

Saturday, December 15

Tolonglah !

Assalamualaikum ❤




Okey ni entry tanpa beribu-ribu gambar tapi entry yang penuh dengan ribuan patah kata. Sorry to say la kalau ada yang mengantuk ke nak pengsan ke. Semua tu bukan urusan aku waaa hambek kau! bhahhaa

Setiap manusia ada kelemahan masing-masing so bohong la kalau takde tu yee. Tak salah dalam hidup seharian kita nak ber-mingle around dengan mesra asalkan tidak keterlaluan. Contoh la aku bagi, kes yang terjadi dekat aku sendiri. Aku mengaku kekadang, ok aku ulangi lagi KEKADANG je, aku kurang dengar bila orang panggil aku or macam-macam la yang sewaktu dengan bab panggil memanggil ni. Aku tak taw la apa motif meng uppercase perkataan "kekadang" tu wuuhuu...

Aku tak pasti aku ni blur ke? Buat muka blur tu kategori boleh dengar lagi kot. Tapi tak berapa nak faham or sebutan tak berapa nak jelas. So please stop calling PEKAK sebab aku masih insan yang ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kamon la der, ayah aku cakap, tak baik mengaibkan orang dengan mengelarkan orang tu bisu ke pekak badak ke padahal badak tak terbabit langsung dalam apa jua urusan korang tu. Orang yang mengejek tu orang yang mengejek diri dia sendiri. Berdosalah dia sebab memain-mainkan ciptaan Allah!

Okey kalau nak kata aku ni bajet ustazah hari ni sorry to say la. Mungkin kelalaian kita pada masa dulu yang suka ejek mengejek orang dan selepas tu terkena dekat kita and then kita terima balasan apa yang kita buat dulu. Ya! Aku mengaku masa otak aku tak berapa nak betul dulu tu aku suka mengejek orang sekadar gurauan semata-mata sebab aku ni rock dan gila-gila sikit bhahaha. Tapi alhamdulillah sekarang aku ada ramai kawan yang baik-baik yang secara tidak langsung bimbing aku jadi orang yang lebih baik dan berguna. Lebih-lebih lagi si ida ni.Really appreciate it :)

Kalau dia tu pekak sekalipun, jangan la hina dia sebegitu rupa tapi bantulah dia supaya dia boleh dengar apa yang kita nak cuba sampaikan. Teringat pulak time study dulu aku buat tajuk public speaking pasal "Adab bersahabat" tak silap aku la tajuk dia macam ni la kot huhuu. Tajuk macam skema je hahak! Aku tetiba nak buat cerita pasal tu sebab dekat sekeliling aku masa tu banyak terjadi kes putus kawan, tikam belakang, kawan makan kawan sebab masa tu nasik dah tak sedap dan tak berapa nak berkualiti.

Dalam syarahan yang panjang berjela-jela tu aku ada cakap pasal pekak badak ni. Penuh emosi kot aku berceramah time tu you know! Tapi tak la over sangat sampai nak tangkap leleh-leleh ni. Runtuh la institusi "ke rock an" aku ni hahahah. Aku tak pasti apa motif bukak cerita pasal public speaking tu.

Dalam hidup aku salah satu benda yang buat aku menjadi sensitif secara tiba-tiba, yang bab pekak tu la. Aku tak malu pun nak mengaku sebab tu kelemahan aku dan bukan aku nak mengaibkan diri sendiri. Aku ada alasan sendiri kenapa aku menjadi pekak. Bukan alasan tak "relevan" sebulan tak korek telinga ke apa tah lagi tapi apa yang boleh aku tegaskan dekat sini aku ada alasan sendiri kenapa aku ni kurang dengar. Cerita tu sangat sulit dan aku tak sampai hati, limpa, jantung dan paru-paru nak bagi tahu dekat sini kenapa dan mengapa semua tu terjadi. Waaa troyak jap! Jadi aku mintak tolong la jangan kecikkan hati aku lagi dengan hinaan tu. Sebab aku masih ada hati kot.

Waa aku pun tak sangka entry aku hari ni panjang cegini. Panjang la kot. Patut la dulu dapat A plus plus dalam BM SPM dan secara tidak langsung ramai yang dengki. Haha berlagak! Banyak lagi aku nak cakap sebenarnya tapi setakat ni jelah. Sebab dah boleh nampak dah muka boring tu. Aku cakap cegini mungkin sebab berkecil hati dengan sesetengah orang yang memperlekehkan orang macam aku ni. Walaupun hinaan tu tak sehebat hinaan ulama Ahlusunnah menghina Nabi SAW dengan memuntahkan meriam-meriam penghinaan terhadap kesucian dan keagungan keperibadian Nabi Muhammad SAW tapi apa yang aku boleh cakapkan dekat sini Alhamdulillah sebab Allah dah banyak bagi kita macam-macam nikmat jadi aku bersyukur sekurang-kurangnya masih ada telinga, hidung yang tak berapa nak mancung dan sihat tubuh badan. Cuma kita je tak sedar segala nikmat yang Allah beri itu. Akhir kata, aku mintak maaflah kalau terkasar bahasa tercuit hati dekat sesiapa. And thank you for reading this entry !





Thank you for reading this entry !

3 comments:

  1. karangan terbaik SPM 2013 nanti haha eh header ko dlam format gif eh ? nice :D

    ReplyDelete
  2. Masa sekolah dulu kami selalu cakap dengan ko, tapi ko buat tak tau je. Hampehhh rase! Tapi tu lain kan kan kan. Hek hek hek :D

    ReplyDelete
  3. kenapa dear..siapa yang cakap? biar akak jampi dia..hehe..tak apa, biarkan je orang macam tu..ucapkan alhamdulillah. ^___6

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by