✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: artwork paling cun di dunia

Saturday, January 19

artwork paling cun di dunia

Assalamualaikum ❤


Alhamdulillah syukur kehadrat ILAHI akhirnya berjaya juga meng”update” entry sejak sekian lama menyepi dari dunia blogging. Sejak habis praktikal ni terasa seronok pulak bersenang lenang dekat rumah walaupun kekadang boring tahap babun tersepit. Macam-macam aktiviti aku lakukan dekat rumah. Seperti aktiviti memperbanyakkan lemak dan juga mendalami ilmu berumah tangga. Hihihii.....

Ikut perancangan memang hajat dihati nak ambil lesen tapi tulah, janji melayu sudah menjadi janji keling. Macam-macam dugaan yang menimpa keluarga aku. So, terpaksalah tunggu sampai semuanya settle.

Oh ya, i have something to tell u all yang sekarang ni aku ada minat baru tau. Tetiba interested buat novel cinta pulak. Alhamdulillah sungguh tak sangka sekarang ni novel aku dah nak masuk bab ke-lapan. Agak mencabar jugak la sebab aku takda bakat langsung dalam penulisan ni. Ayat pun berterabur memanjang. Walaupun tidak memiliki pendidikan dalam bidang sastera macam Dato A. Samad Said tu, semua tu tak menjadi satu batu penghalang untuk aku mengembangkan dan meneruskan minat yang satu ini.

Kalau korang tanya apa perasaan aku semasa buat novel ni dan apa yang boleh aku cakapkan dekat sini agak mencabar dan payah jugak sebenarnya nak buat ayat power ala-ala romeo-juliet tu sebab aku ni bukan dari golongan yang jiwang karat walaupun otak aku memanjang je berkarat. Jadi aku jadikan beberapa penulis popular sebagai inspirasi untuk berjaya. Ini kerana hati aku ni tak la berapa nak teguh sangat kalau takda idea tu mulalah putus asa nak berhenti.

Sebelum terlupa aku nak tunjuk artwork semasa praktikal dekat Fasta Enterprise tu. Permintaan atas blogger din tersayang ececehh. Maaf ye din sebab menunggu artwork ni lama sangat. Asyik terlupa dan ni baru teringat dekat hang.

Sebenarnya tak banyak pun. Anggap saja yang buruk-buruk itu datangnya dari aku dan yang baik-baik itu semuanya daripada Allah... Then you see it

.
Aku ingat lagi ni first artwork aku dekat Fasta. Masa ni kita sedang berhari raya tak ingat dunia. Oh ya aku tak ketinggalan buat entry pasal banner ni and kalau rajin baca boleh terjah ke SINI!


Banner ni first time aku jumpa customer cerewet mengalahkan bini nak beranak je. Semua dia nak ubah. Dari font sampai la ke picture bagai. Kalau tak dengan muka-muka dia sekali aku p tukar jadi muka ayam. Hilang terus semangat merdeka aku.

\

Name card yang paling aku sayang nak tengok. PINK tu beb....

Ni flyer dia




Name card 1 side


 Banting ni first time edit pakai cdr or nama panjang dia coraldraw. Yang lain-lain pakai ps or photoshop sebab lagi cepat siap.



Ada orang kata ni design paling hodoh aku dan manusia tak bertamadun p komen tu adalah abg aku. Dengki! dengki! dengki!





p/s: Rindu nak jenguk blog din hari-hari :) kenapa yahoo tukar rupa ye? ternganga-nganga aku dekat dalam tu. Tetiba*

Thank you for reading this entry !

9 comments:

  1. wahh..terbaiklah awak.. saya ada juga cuba untuk hasilkan novel sebelum ni, tapi tak berhasil.. sebab tak cukup idea..hehehe

    ReplyDelete
  2. lawanya ;D ada bakat terpendam ni, hehe . Teruskan ye

    ReplyDelete
  3. smart ah patennnnnnnn! terbaik!!

    ReplyDelete
  4. @boni kacak haha sama la kita. sehati sejiwang pulak idea takda. sebab tu selalu berangan kot2 dtg idea mengarut ke hahahaha

    ReplyDelete
  5. @Fzdahang taw idung aku tengah kembang setaman ni hhahahaha

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by