✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Cerita Disebalik Ayat Kursi dan Kelebihannya

Saturday, June 22

Cerita Disebalik Ayat Kursi dan Kelebihannya

Assalamualaikum ❤
sumber gambar: shafiqolbu 
Kelebihan ayat Kursi ini insyaAllah kita terpelihara daripada gangguan syaitan.

Sabda Nabi SAW..
Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi, sehingga habis ayat. Maka sesungguhnya akan sentiasa ada penjaga daripada Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi – Riwayat Bukhari
Aten juga ingin kongsi kisah benar seorang wanita yang baik akhlaknya datang dari Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat. Kisah ini Aten ambil dari paper Metro hari Jumaat 21 Jun 2013. Kebetulan Aten pernah membaca kisah ini dalam Mastika tapi terlupa mastika edisi ke berapa.

Pada suatu malam, wanita ini dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat atau orang lebih suka panggil  short cut. Disebabkan hari sudah lewat malam, dia gelisah dan takut apabila melalui lorong tersebut. Lebih-lebih lagi ternampak ada seorang lelaki (kulit putih) bersandar di tepi dinding di lorong itu.

Dia mula rasa tak sedap hati dan terus membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia pada saat itu. Akhirnya dia berjaya melepasi tempat lelaki yang bersandar itu dan sempat menoleh dan dapat mengecam mukanya.

Keesokkan paginya, wanita itu terbaca akhbar mendapati  seorang perempuan dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong dia lalui semalam, hanya sepuluh minit selepas dia melintasi lorong berkenaan.

Dia yakin lelaki berkulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ini dapat mengenal suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki terbabit adalah perogol yang dicari. Tapi wanita itu hairan kenapa lelaki itu tidak menjadikan dia mangsa walhal dia keseorangan ketika melalui lorong itu tapi masih dipilih perempuan yang lalu selepas dia.

Wanita ini hendak sangat tahu sebabnya dan meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol terbabit. Dia tanya perogol itu dalam bahasa Inggeris dan diperterjemahan dalam bahasa melayu.
Kenapa awak tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja pada masa berkenaan?
Perogol itu menjawap.
Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang berada di sebelah kanan dan seorang lagi berada disebelah kiri awak. Kalaulah awak seorang diri pada malam itu sudah pasti awak menjadi mangsa saya.
Wanita itu berasa terkejut. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memeliharanya pada malam itu, mungkin juga berkat  membaca ayat Kursi.

MasyaAllah. Begitu hebat sekali apabila mengamalkan membaca ayat Kursi ini. Lebih-lebih lagi apabila mendapati ada gangguan syaitan.

Pernah suatu malam, masa aten tengah seronok beragan tiba-tiba terdengar anjing menyalak. Mengucap panjang aten dan kerana terlampau takut aten membaca ayat Kursi itu banyak kali sampai tertidur! Anjing ni kalau menyalak tandanya dia terlihat syaitan. Dan kebetulan pada masa itu sedang kecoh dengan kes gangguan orang minyak. Astagfirullah al azim. Jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan yang direjam,
Semoga ayat Kursi ini sentiasa diamalkan bersama. Jazakallah kairan kasira..




Thank you for reading this entry !

2 comments:

  1. http://gamesyork.blogspot.com/2013/06/need-for-speed-most-wanted-dilogy_24.html

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by