✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: November 2012

Friday, November 30

mengidam ke der?

Assalamualaikum ❤

Sebagai manusia kita memang wajib makan untuk terus hidup dan wajib meminta-minta kalau terasa mengidam :D haha best gila semalam dengan gigihnya ibu aku buat lepat pisang special untuk aku sorang je kot. Tak pasti sebab semua orang dalam rumah pun gegeh p sapu sekali. Mak aku tetiba nak buat sebab hari tu aku mengidam nak makan lepat pisang tengok-tengok mak aku buat terus. Ala aku ni merepek je masa tu nak makan tapi tak sangka mak aku buat betul-betul pulak. Terima kasih ibu . I love you memuahhhh! ekekeke

Masa aku melantak lepat tu panas lagi sebab baru lepas kukus. Tapi sedap woo. Aku buat je tak sedap. Mak aku cakap selalu kalau aku nak buat mesti masin la tawar la. Last-last aku letak jawatan jadi chef. Tapi tak bermakna aku tak reti masak ye. Setakat ni hasil yang boleh memgembangkan lubang hidung aku ayah aku cakap aku masak sedap dan boleh bukak gerai bhahaha. Mak aku tu pro sikit sebab tu semua benda dia nak komen. Abang aku pulak diam je bila aku tanya "weh masin tak" "weh rasa nak tercekik tak" "weh macam nak muntah tercirit tak" Asyik diam je macam kurang air liur sampai tak boleh nak cakap dah. Jadi aku huraikan sedap la tu sampai tak sampai hati nak cakap bhahaha.


Ni namanya lepat bakar. 

Siap ! Dah boleh sumbat dalam mulut anda !


Thank you for reading this entry !

Thursday, November 29

"Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com"

Assalamualaikum ❤

Pagi ni aku nak cari segmen yang best-best tapi tak sangka terjumpa segmen dari akak mialiana ni. Terasa nama manja kami tu sama macam kembar tapi kembar lain-perut bhahaha. Aku dah lama follow akak mia ni dan memang tak rugi follow kak mia ni sebab bak kata astro ler katakan "macam-macam ada" hikhik. Aku bukan cakap macam ni sebab kak mialiana tu popular atau apa tapi ikhlas dari hati yang aku memang suka baca blog dia. Sebab salah satunya kak mialiana ni rajin buat segmen. Jadi tanpa berfikir pendek dan berangan terus aku join segmen ni tanpa paksaan sesiapa. Selalu kalau aku join mana-mana segmen kena paksa taw. Tak ke jadi macam tak ikhlas di situ tu? Kalau korang nak join korang boleh klik banner di bawah ni. Oh ya jangan lupa follow aku jugak taw dan baca syarat-syarat di bawah.


Tagline special for you 



Setakat ni bilangan follower aku baru je 

Apa yang aku suka dekat blog kak mialiana ni dia rajin buat macam-macam segmen. Secara tidak langsung segmen yang dia anjurkan tu mengeratkan lagi hubungan kita yang blogger ni antara satu sama lain malah kita juga mempunyai ramai follower dan kawan baru :)

Syarat-syarat nak join segmen ni macam kacang buncit je.
Lupa pulak tarikh expired nye akan berakhir pada 8 Disember 2012. Segmen ini berlangsung selama 2 minggu je.

Kalau boleh sesiapa yang join sudi-sudilah follow aku jugak. Ni bukan paksaan tapi buat la sesuatu tu dengan hati yang ikhlas insya Allah semua urusan kita akan berjalan dengan lancar. Ayat ni dibina berdasarkan bantuan kamus dewan wkakaka. 

Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!

Thank you for reading this entry !

Wednesday, November 28

Siapa Lyana Evan's dengan Ayuni ?

Assalamualaikum ❤

Twitter adalah laman sosial untuk kita merapatkan silaturahim antara satu sama lain. Dan memang betul pun apa aku cakap ni, right? Tak kisah la orang tu kita kenal ke tak. Tapi ada jugak orang jadikan twitter or apa-apa laman sosial macam facebook ke myspace yang dah tak wujud ni dah ke sebagai tempat meraih populariti murahan. Kekadang orang macam ni boleh mengakibatkan berlaku macam-macam perbalahan, fitnah, gaduh memanjang, benci dan menyampah antara satu sama lain. Perhh ayat nak tiru kamus dewan je kan. Dah macam tengah buat karangan spm je. Panjang jugak ayat pendahuluan ni kan ekekeke.

------------------------------------------------------------------

Berbalik pada cerita pasal dorang ni dua-dua perangai sama je suka buat kecoh dekat twitter. Si ayuni dari planet matoki ni menjadi top trending dekat twitter dalam minggu lepas . Yang ayuni tu kes terlalu obses dengan korean sampai sanggup tak mengaku dia tu rakyat Malaysia . Dan aku tak pasti mana satu ayat dia cakap tak mengaku warganegara Malaysia tu. Mungkin berbunyi " AKU MALU JADI MALAYSIAN. ITU JE AKU BOLEH CAKAP " kot. Jam jugak la dekat timeline aku tu asyik nama dia je yang timbul tapi alhamdulillah sekarang aku rasa dorang dah stop cakap pasal ayuni kot tu nama dia dah tak timbul-timbul dah.



Dorang berdua ni sama je bermulut longkang dan menjadikan kami yang kaum hawa ni terasa terhina dengan apa yang dorang ni cakap dekat twitter. Tak menunjukkan langsung sifat-sifat murni perempuan yang lemah gemalai, berhati-hati bila bercakap dan etc.



Aku tak tahu apa masalah Lyana ni suka cakap ayat-ayat berbaur lucah macam takde maruah je aku tengok. Pastu berdoa supaya ayah dia cepat mati. Aku tak pasti la si Lyana tu wujud or menyamar ke. Or dia tu gila ke tak pasti la. Apa yang dia merepek merapu meraban dekat twitter macam dah tahap koma nak jadi mental je. Bila kita nasihat and membebel dekat dia, ada ke patut dia balas perkataan babi? Ohh kesian kau kan babi. Orang lain punya salah kau pulak yang terbabit. Marah sikit babi, babi itu la babi ini la. Aku tak tahu la kenapa dengan babi tu korang nak banding-bandingkan. Kalau nak lagi hodoh tuduh la zombie ke kan. Zombie tak femes kot tu dia tak menjadi sebutan hakhakhak! 

Apa kata kita guna teknik Nabi tidak tegur kesalahan tetapi menerangkan. Bagi aku manusia macam dorang ni memang suka mengacau bilaukan keadaan yang sedia maklum aman menjadi ribut.

Aku mintak maaflah kalau aku terkasar bahasa ke atau mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik dan indah datangnya daripada Allah dan yang buruk dan jelek itu datangnya daripada kelemahan kita sendiri. Ya Allah! Jadikanlah setiap perkataan yang kutulis membawa pahala kepadaku dan kepada sesiapa juga yang membacanya. Ampunilah aku andai aku tersilap dan tersalah. Amin!

Thank you for reading this entry !

Tuesday, November 27

Jenjalan

Assalamualaikum ❤


Sebenarnya aku ni bukan suka sangat keluar jenjalan ni. Dok bershopping bagai-bagai la jenjalan cari makan la. Aku boleh katakan malas! malas! malas! Aku lagi suka melepak dekat rumah pergi tambah lemak dan semestinya semua tu memang wajib tambah. Terbukti aku ni seorang yang membosankan you know. Huwaaaa !  

Hari ahad minggu lepas aku tengah syok melayan perasaan menghayati hindustan perrhhh ratu tamil pulak aku time tu, abang aku pulak kacau daun ajak pergi jenjalan and hantar awek dia dekat stesen bas. Macam takde muka orang lain je nak berajak-ajak keluar ni. Asal keluar je muka aku, asal muka aku je keluar . Aku masa tu dah siap sedia kepit berbakul-bakul tisu jenama cap kleenex lagi tu . Yelah takut ada adegan sembilu kasih boleh koma ibu kalau tahu aku kesat semua jenis bakteria dekat sofa kesayangan dia tu.

Tapi bab rajin kalau ada yang buang tabiat ajak aku pergi tengok wayang. Kalau ada yang sudi-sudi belanja tu lagi la aku syok giler tahap tak hingat. Dengan excited nyew aku boleh siap-siap 2 jam lebih awal dari time to go wayang. Hakhak! Last aku tengok movie "Istanbul aku tak pernah datang-datang" ekekeke. 


Last two minggu yang lalu, aku ke BIG Cinemas untuk menonton wayang. Takan pergi situ nak membajak sawit kot. Disebabkan dihasut oleh beberapa paper dengan Berita Harian la Utusan Malaysia la. So, I choose to watch this movie. Bila dah keluar jenjalan ni benda paling wajib adalah posing ala-ala maut. Itu pun kalau aku ingat la sebab aku ni tak berapa nak suka sangat nak posing-posing ni. Over sangat nanti kalah retis pulak hikhik!


Masa hantar akak ni dekat stesen bas Teluk Intan sempat lagi mengedik depan menara condong tu dengan pelbagai aksi. Aku agak takut jugak la pergi dekat situ. Kot-kot menara tu hempok aku pulak kang naya. Astagfirullah al azim! Astagfirullah al azim! Tak baik melalut bebukan. Ape der =.="

Ramai macik-macik dekat shopping complex tu asyik main 
jeling-jeling dengan aku. Dengki kot hikhik!

Santai bersama kak Sya :D

Naik juling jugak la tengok menara ni sampai keatas.


Sebelum hantar akak Sya kami pergi makan-makan dulu dekat Port Cafe. Siyes cafe tu memang cun walaupun pemandangan dekat luar nampak macam ala-ala warung gitu tapi dekat dalam awesome! Macam-macam barang antik ada dalam tu. Dengan muka tak berapa nak malu nye aku pergi la snap gambar dekat situ. Sampai abang aku tegur nak makan ke or nak posing maut. Ekekeke. Susah betul kalau orang yang tak cintakan seni ni kan. Asyik nak jelous je =.="



Aku tak tahu la kenapa memanjang syok dekat ice blanded coklat ni. 
Sempat main jilat-jilat gelas tu lagi. Memang tak senonoh betul.

Tak sabar tak sabar tak sabar nak tengok Lagenda Budak Setan 2 pulak hihik - Curi tagline Lisa Surihani


Thank you for reading this entry !

Saturday, November 24

Hepi befday to me

Assalamualaikum ❤

22 Nov 2012 - Now barulah betul berumur 9teen haha . I am truly thankful for all the wishes from you at Facebook ! You made me feel special! hehehee !! And my friends and family who've called and texted, I love you guys!!! thanks for remembering (teroyak jap ) Sungguh tak sangka diri ni dah tua . Rasa baru jew semalam keluar dari perut ibu =.="  

Thanks ya Allah ! 


Thanx guys ! Walaupun ada yang tak ikhlas just cakap "hb" jew hampehh . Lebih-lebih lagi sifu Din ! =.="  Anyway makaceh :D



Ohh ya orang yang lambat wish tidak ketinggalan hahaha . baru arini nak wish .



Sebenarnya ramai lagi tapi nanti panjang meleret-leret pulak entry ni kan .

Doa hari lahir

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbul Alamin.
Kredit cik min

alhamdulillah i've had just that =)

p/s: Mintak maaflah kalau entry ni nampak macam riak dan berlagak sikit bhahaha . Just nak kongsi kenangan yang cuma ada setahun sekali je tak salahkan .

Thank you for reading this entry !

Saturday, November 17

Request edit blog dan header !

Assalamualaikum ❤

Mulai hari ni saya, Faten Johary menyediakan request edit blog untuk newbie or sesiapa sahaja yang teringin nak edit blog hasil titik peluh pihak pengurusan miaauss dot blogspotUntuk personal blog sahaja !! Disini ada dua kategori iaitu kategori header blog dengan edit blog . Tiada unsur penipuan di sini ye . Kalau ye, silalah paksa abang polis jumpa saya di fesbuk saya  hahaha . Okeyy okey ! serius !

Header only
  • Header = RM10.00
Header yang saya akan edit ni mengikut kehendak customer . Header yang saya akan buat ni juga merangkumi dua jenis kategori iaitu header background or header transparent . Up to you nak pilih mana satu . Kalau nak header mengikut citarasa korang, kenalah bagi :

Gambar
- apa-apa gambar sama ada gambar korang or kalau korang nak header background boleh juga bagi gambar background tu sekali dan pastikan setiap gambar bersaiz large . Kalau nak background hasil kreativiti saya pun boleh . 

Jenis Font
- ini penting kerana kekadang font yang saya pilih mungkin tidak mengikut citarasa korangkan . So, bagi nama font tu dekat saya . Kalau dekat header nak letak macam-macam font pun tade masalah . Font boleh di cari dekat entry ini

Color theme
- bagi code number color . Kalau nak tahu code warna yang korang suka boleh cari dekat sini . 

Theme
- suka hati koranglah nak thema macam mana . Insyaallah saya boleh buat selagi mampu . 

Saiz header
- Kalau tak tahu tape saya boleh tolong mengikut saiz yang korang suka . Ada saiz large, medium & basic 

Kekadang saya akan buat penambahan pada header bagi mencantikkan lagi header korang tu . Sebarang penambahan dari saya tidak akan dikenakan cash . Tolong bagi link blog anda sebab senang saya nak suai padan apa-apa yang patut . Berkenaan harga saya akan maklumkan apabila artwork sudah siap . 

Edit blog
  • Signature = RM5.00
  • Watermark = RM5.00
  • Full editing blog = RM20.00 (biasa)
Senarai benda yang akan buat untuk full editing blog
  • tukar template dan background 
  • header
  • centerkan post title dan sidebar title
  • border post title dan sidebar title
  • background post title, sidebar title dan sidebar widget
  • font post title dan sidebar title
  • float button follow dan dashboard
  • scroll bar berwarna
  • scroll bar untuk bloglist or blog archive
  • blockquote
  • like facebook bawa entry
  • letak ayat disetiap bawah post
  • highlight kaler
  • home. older, newer cute icon
  • hilangkan navigation bar
  • reply komen
  • underline berwarna
Tolong bagitau saya samada nak sidebar right or left okeyy ! Sebarang pertanyaan berkenaan full editing blog ni sila inbox saya dekat email or inbox facebook . Saya cuma berurusan dengan orang yang reti bersabar saja . Saya juga ada buat tempahan buat signature dan  watemark . Korang boleh pilih mana-mana yang ada dekat list edit blog tu or kalau ada yang korang tak nak dalam list tu sila inform . Harga ataupun apa-apa urusan insyaallah boleh dirunding . Selain daripada list tu tidak akan dilayan . Harap maklum .

Saya amat mementingkan aspek kepuasan semua customer . Kalau terlampau banyak permintaan, so please be patient and wait for your trun . Sebarang pertanyaan dan jika korang berminat sila emailkan kepada saya di patenpdaus@yahoo.com or inbox dekat facebook saya di Faten Johary . All your email, i will reply within 24-48 hours insyaallah (tempoh bekerja isnin - sabtu) . Artwork or semua request korang maybe akan siap dalam masa seminggu (tempoh bekerja)insyaallah kalau saya tiada apa-apa urusan . Cara bayaran saya akan maklumkan dekat email or inbox facebook korang . Bayaran haruslah disertakan dengan bukti resit (picture) dan artwork or template akan dihantar serta merta dalam masa 24 jam selepas tempoh pembayaran . Jika saya mengalami sebarang kesulitan dalam tempoh urusan mengedit blog or header saya akan inform terlebih dahulu . Dan saya berharap sesiapa yang membuat request ni harap bersabar  . Walaupun saya minat pink tak semestinya request ni just untuk kaum hawa sahaja . Terbuka kepada semua manusia dekat muka bumi ni . Sebarang rungutan tidak akan dilayan . Terima kaseh 



MIAAUSS ORDER TERMS AND CONDITION (PLEASE READ)
  1. Please make payment within 24 hours.
  2. If you're using Cash Deposit Machine or pay via bank counter, please inform me : the amount of the money, time and date. Then, please send us image of the receipt.
  3. Once you have bank in, kindly please inform me via e-mail at (patenpdaus@yahoo.com or inbox facebook: Faten Johary
  4. The balance will be given in a form of mobile prepaid.
  5. Request delivery will be made one day or two day after payment received.
  6. If I not receive any payment within 24 hours, I'm has the rights to give the reserved items to the other customers.
  7. If you would like to cancel your order with me, please inform me earlier to avoid any problems.
Thanks for your request with me. Have a nice day !




Thank you for reading this entry !

Friday, November 16

tangan kidal punya pasal !

Assalamualaikum ❤

Percaya tak kalau aku cakap dalam banyak-banyak barang semua berpihak kepada tangan kanan ? Sape tak sokong kejap lagi aku bunuh dia hahak . Mai sudah sifat piraun aku Buktinya siapa yang menulis tangan kiri or sinonin dengan panggilan tangan kidal ni mesti ink kesan hasil tulisan korang tu terkena dekat tapak tangankan . Kes ni jugak berlaku dekat aku sebab aku memang sejak baby guna tangan kidal . Cehh melampau la time baby



So, aku nak tanya, best tak pakai tangan kidal . Jawapan aku adalah tak best sebab semua kerja aku nak buat mesti lambat, tak kemas, payah, leceh dan menyampah . Contoh kalau aku nak guna gunting . Dah macam-macam scene aku buat sebab nak mengunting . Punyalah payah . Kekadang sampai menonggeng gara-gara nak gunting langsung tak boleh gunting itu ini . Tu part yang paling aku menyampah la . Aku nak siang ikan pun leceh . Kekadang guna pisau or gunting la kan . Bila nak gunting je tak boleh macam gunting tu dah berkurun-kurun berkarat . Kalau korang nak tahu susah nak cari gunting yang sesuai untuk tangan kidal ni sebab kalau salah guna in sya allah tangan tu automatik akan luka . Gunting tu ada jugak yang sesuai untuk tangan kiri dengan kanan tapi susah la nak jumpa . Stop cerita pasal gunting 

Bila dah leceh aku tanyalah dekat mak aku
Aku: bu macam mana adik boleh sesat pakai tangan kiri ni ? Leceh la . Nak buat kerja lembab je .
Ibu: Dah masa kecik tangan tu yang kau pilihkan haa padan muka kau la . sungguh kejam ayat ni 

Jadi masa tu mak aku cerita la kenapa sampai sekarang aku guna tangan kiri ni . Mak aku cakap masa aku kecik-kecik dulu aku marah kalau mak aku paksa guna tangan kanan . Sampai nak makan pun nak guna tangan kidal . Bayangkan ...

Aku cakap yekew ? Asal aku tak perasan erk haha . Moral of the story, guna tangan kidal kaa tangan kanan kaa kita kenalah bersyukur sekurang-kurangnya kita masih ada tangan daripada tadak tangan dan jari jemari langsung betul tak ? Orang kata tangan kidal ni pandai lukis erk ? Betul ke weh ? Aku tengok tulisan aku macam bapak segala ayam jew T_T

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian badan di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik,seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Rumusan
  • Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
  •  Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
  •  Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg dpt mendefinasikan  mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg.  mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan  didalam sesebuah keluarga.
  • Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke  kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya  terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
  • Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg.  disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu  ikut..huhu)
  • Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
sumber dari aida natasya


Thank you for reading this entry !

Disebalik tadbir Banner & name card

Assalamualaikum ❤

Cerita ni tak basi lagi yee sebab tak sampai 24 jam tarikh expired walaupun kerja ni aku baru buat petang semalam . Alhamdulillah ya Allah semalam aku buat dua design aku kena buat banner dengan name card . Agak-agaknya bos dengar kot rintihan syahdu aku ni sebab selalu merintih takde design nak buat . Terharu T_T

Aku tak tahulah kenapa seronok sangat buat design ni berbanding menghadap rubber stamp . Seronok macam kalah loteri la pulak =.=" Design aku ni simple je yelah otak aku ni dah berhabuk macam-macam jenis bakteria sebab dah lama aku tak panaskan enjin kepala asyik dok menghadap rubber stamp je . Memanjang rubber stamp sampai aku teringin nak bukak kilang menoreh rubber stamp . Ingat cun kew rubber stamp tu ? So semalam aku bikin kalut sampai satu kaki bersamaan berapa inci terus aku lupa macam tu je . So, aku pergilah guna calculator ihsan minahci sebelah aku ni kira agak-agak berapa inci satu kaki . Betapa bendulnya aku time tu huaaaa . Aku memang alah matematik pun tapi alhamdulillah aku tak fail huhuhu . Orang tu mau banner 10'x4' kaki . Giler bapak panjang la kot huuu .

Prinsip bos kerja mau siap pada hari tu jugak so dengan gigihnya aku pergi la siapkan hari tu jugak . Dah la bagi order form tu pukul empat jenuh jugak la aku cari idea tapi tak ingin jugak idea tu melekat dalam kepala aku so aku pakai teori pakai bantai jelah asalkan siap ! Dan siap jugak dalam beberapa minit pastu aku lupa nak tayang dekat blog aku . Sori reader hihihi . Aku taw korang mesti tertunggu-tunggu design hodoh aku ni setiap masa kan . Walahhh ! Dulu aku belajar buat design pakai Ai . Bila masuk sini dorang pakai Coraldraw la pulak . Hampehh ! Bila dah lama tak buat design  dalam Ai aku lupa terus semua tu so aku edit la pakai Ps ikut jejak abang aku yang suka buat artwork dalam Ps jew .

Okey rasanya satu liter air liur aku dah habis kot dipendekkan story ni hasilnya ... ingat ! sebelum kutuk mengutuk artwork aku hodoh ingat beringat la dosa yang korang kan tanggung sebab mengutuk aku punya design hahaha ^^




Aku cerita sikit la bab-bab design ni . Banner ni punya banyak bebeno ayatnya sampai hancur kepala aku nak memikir nak tempek macam mana . Background tu sebenarnya dia tanak so aku sesaja tempek dulu . Kalau dia tak mau nanti aku buang la kot . Sebenarnya aku lemah sikit bab mencari kaler atau menempek kaler so aku tak taw la sesuai ke tak warna yang aku letak tu . Sila komen . Kot-kot tengelam ke apa kan . Name card pulak dia nak background putih je sebab nak jimat bajet kot tu tanak hias bagai-bagai . Jadi simple je sebab cuma cari logo prudential tu jew and typing . Kalau ada design lagi insyaallah aku story-story okeyy !

Thank you for reading this entry !

Thursday, November 15

Tukar style bullet list

Assalamualaikum ❤


Hari ni aku ada la sikit mood nak buat tutor . Tutor aku hari ni berkenan bullet . Mesti ada yang ternganga sampai tertanggal gigi bila dengar ape kebenda bullet ni . Bullet yee toksah mengedik ubah jadi balet pulak . Bullet ni macam bulat-bulat taik lalat warna hitam tu . Taik lalat kome tu umpama bullet haha . Kalau kurang jelas bawah ni aku kasi tayang rupa bullet sikit, kot-kot ada rupa ayam ke beruang ke kan .  




Mesti korang menyampah tengok taik lalat tu kan so aku tolong hilangkan ke’menyampah’an korang tu dengan tukar rupa bullet yang seiras taik lalat tu kepada icon yang cun melecun . Nak tukar bullet ni ada tiga style . Ikut suka hati jantung limpa hempudu korang la nak ambek yang mana satu .
Macam biasa  Dashboard - Template - Edit Html - Proceed - Tick Expand Widget Template – ctrl + F

Pastu cari kod bawah ni
]]></b:skin>

Kalau dah jumpa tu kopi kod dekat bawah ni pulak paste dekat atas kod yag korang skodeng tadi . Dekat sini ada tiga style so pilih yang mana satu bukan pegi rembat ke tiga-tiga sekali yee . Melampau la tuh .

Style 1
Yang ni simple bullet jew
.post ul {list-style:none;
}
.post ul li {
line-height: 1.4em;
background: transparent url(URL ICON UNTUK BULLET) no-repeat scroll 0px 4px;
margin: 0.3em 0;
padding: 0 0 0.8em 20px;
}
Style 2
Kalau korang nak bullet yang ada effect hover, maksudnya bullet tu bila kita hover atau letak mouse cursor dekat bullet tu tetiba tukar icon yang lain pulak . Dan bullet ni memerlukan dua icon yang berlainan rupa . Contoh macam dekat entry ni korang ternampak ada beberapa ketul bullet kan ? sebab aku pakai style nombor 2 ni . Kalau nak buat rupa macam ni korang just ambek kod dekat bawah ni
.post ul {list-style:none;
}
.post ul li {
line-height: 1.4em;
background: transparent url(URL ICON UNTUK BULLET 1) no-repeat scroll 0px 4px;
margin: 0.3em 0;
padding: 0 0 0.8em 20px;
}
.post ul li:hover {
background: transparent url(URL ICON UNTUK BULLET 2) no-repeat scroll 0px 4px;
}
Style 3
Kalau korang tak nak guna icon pelik-pelik yang aku suggestkan tadi tapi sekadar nak guna bullet yang biasa jew (Circle, disc, square) korang boleh ikut step yang sama seperti kat atas tapi menggunakan code yang lain iaitu code seperti dibawah ni
.post ul {list-style-type: circle; }
.post ul li {
line-height: 1.5em;
color:#289728;
}
.post ul li:hover {
color:#0080ff;
list-style-type: disc; }
.post ul p { color:#555555;
line-height:1.4em; }
Untuk yang ni, korang boleh tukar  list-style-type tu ikut suka korang nak guna circle, disc atau square. warna juga ikut korang nak letak warna apa okey ! Ni jenis ada effect hover .

Haa untuk pengetahuan korang style yg ke-3 ni juga boleh diguna pakai untuk numbering list . Numbering list ni dok sebelah bullet list jew . Code untuk numbering list seperti dibawah ni

.post ol {
font: italic 1em Georgia, Times, serif;
color: #999999;
}
.post ol li {
line-height: 1.4em;
font: italic 1em Georgia, Times, serif;
color: #289728;
}
.post ol li:hover {
font:bold italic 1em Georgia, Times, serif;
color: #0080ff;
}
.post ol p {
font: normal 1em Arial, Helvetica, sans-serif;
color: #555555;
line-height:1.4em;
}
  • kaler korang boleh ambek dekat sini
  • warna merah tu letak url icon . Nak icon boleh ambek dekat sini pulak
  • warna oren tu letak kod warna yg korang suka
  • bullet tu kompem la tade masa korang tengah menaipkan so jangan bikin kalut .
Sebarang pertanyaan tolong tanya dekat aku punya pan page yee . Kalau tanya dekat cbox kew semua box kew aku tak layan . Kalau tak menjadi tu bukan salah aku yee . Samat menjamu selera hahaha ^^




Thank you for reading this entry !

HTML color code

Assalamualaikum ❤

Kalau korang nak kod kaler boleh ambek mana-mana dekat bawah ni


Paling aku suka ambek dekat computer hope . Sebab kaler dia sweet jew banyak pink ^^

Thank you for reading this entry !

Wednesday, November 14

duit ni haram ke ?

Assalamualaikum ❤

Yunus - ayat 94 - Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu 
Sebenarnya aku agak curiga pastu ragu-ragu pulak tu dengan duit yang kita dapat dari says dengan nuffnang ni samada duit yang kita dapat tu halal or haram . Dan ramai di antara kita yang pasang iklan nuffnang, says or etc ni kerana terpengaruh dengan kawan-kawan la pastu tengok blog orang lain pasang kita pun mengedik nak pasang jugak. Aku mengaku dulu pun aku pun pernah jugak pasang sebab kononnya nak memeriahkan semua ceruk blog aku ni .  Teringin letak iklan sebab aku tengok blog aku ni sunyi sepi je . Dan aku mengaku blog aku memang sunyi huawaaa T_T

Tetiba tengah aku berblogwalking ada sorang hamba Allah ni kata "tak malu ke guna duit haram" merujuk kepada says or apa-apa jelah yang sewaktu dengannya . Jadi sejak dari tu aku pergi la survey betul ke duit yang kita dapat tu haram ? Survey punya survey aku jumpa la satu blog ni borak kosong cakap pasal hukum duit yang kita dapat ni . Aku tak tahu la korang jelas ke tak apa yang ustaz tu cakap sebab aku pun terasa kurang faham pun ada jugak sebab yelah lemah sikit iman dekat dada ni bab-bab agama semua ni huhu . Aku tertanya-tanya jugak la halal ke duit yang kita dapat tu kalau kita hanya main klik-klik dengan mengharapkan earning akan cepat naik . Jadi aku terjumpalah blog ustaz amin ni . Jadi aku fahamlah sikit-sikit berkenaan dengan hukum halal haram ni . 


Yang ni kata Ustaz Nor Amin ...

Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).


  •  Maksud iklan perklik

Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.
  •  Hukum

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
  •  Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?

Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
  •  Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram?

Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.


  •  Peringatan

Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."

  •  Kesimpulan
Saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

Sumber dari ustaz Nor Amin . Aku cuma kopi pasta je ayat dia . Semoga boleh jadikan rujukan kita semua ^^,

Thank you for reading this entry !

Monday, November 12

Lajukan loading blog

Assalamualaikum ❤



Ada blog asal nak bukak je lembab bebeno . Ishh tade kuasa aku nak menunggu sampai berjangot dalam blog dia tu jadi aku terus blar la . Tak ke melecehkan jiwa raga nak tunggu ? Tak sanggup aku nak disini menanti disana menunggu ni . So kepada sesiapa yang rasa blog dia tu asal bukak je lembab gila aku suggestkan korang buat tutor ni supaya tak menyusahkan orang lain termasuk aku bila nak terjah blog korang tu okey ! Baru la orang lain ada mood nak baca entry korang tu betul tak ? Malas nak membebel dah . Macam biasa korang pergi DESIGN > EDIT HTML > TICK EXPAND WIDGET pastu cari kod ni
</head>
Copy kod dekat bawah ni, paste dekat atas kod yang korang cari tadi 
<script charset='utf-8' src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/><script src='http://pwam.googlecode.com/files/jquery.lazyload.js' type='text/javascript'/><script charset='utf-8' type='text/javascript'>$(function(){$("img").lazyload({placeholder:"http://pwam.googlecode.com/files/grey.gif",threshold:200});</script>   

Pastu preview laju ke tak ? Kalau laju save !
Kalau korang nak tahu blog korang tu berat ke tak boleh cek dekat sini 

Thank you for reading this entry !

Friday, November 9

aku dan doodles - Part 2

Assalamualaikum ❤

Hari saya sangat rajin . Dan saya mengaku saya memang rajin walah ! Okeyy abaikan ayat riak dan takbur tu . Ni aku nak tunjuk hasil doodles yang aku dah lukis dalam beberapa minit tadi . Maap yee kalau ada rupa hodoh sikit . Kot-kot karang ada yang terkejut moyet terus masuk icu kang rasa bersalah pulak aku hikhik . Almaklumlah fes time gua lukis kot . Doodles pertama hasil titik peluh aku ni aku tempek dekat ceruk blog kejap . Kalau rajen aku buat lagi . Insya Allah ^^ Dan aku dah tunaikan janji buat doodles , so aku dah buatkan ? Hasilnya alhamdulillah memuaskan jiwa raga aku .
Terima kaseh kepada yang komen doodles aku ni dekat pesbuk ^^



Aku dan doodles - Part 1


Thank you for reading this entry !

Thursday, November 8

Letak scroll box dekat bloglist

Assalamualaikum ❤

Baru tadi (8/11 - 11:50 am) aku baru jew buat benda alah ni sebab aku punya blog list dah macam daerah rantau panjang . Bila scroll down macam sampai tahun depan tak habis pulak . So, macam biasa aku kan bagi tutor yang simple-simple jew k . Malas nak bagi tutor yang serabut merabut rambut ni .

Mula-mula korang pergi ler cari tajuk bloglist korang tu . Pastu macam biasa korang pergi Dashboard - Design - Edit HTML - Tick Expard Widget Templates - ctrl + F . Cari tajuk bloglist korang tu . Dah jumpa ? Korang cari kod ni .

<div class=’widget-content’>

 Dia menetap tak jauh pun dari tajuk bloglist korang tu . Contoh ..



Gantikan kod yang korang cari tadi dengan kod ni .

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:220px; height:400px;'>

Preview and save ! Kan aku dah cakap . Simplekan ? okbai !

Thank you for reading this entry !

Wednesday, November 7

sedih kot

Assalamualaikum ❤

Disebabkan tade kenderaan nak hantar aku pegi keje terpakse lar dok rumah kak imah dalam berapa hari . rindu ayah ngan ibu ( very unhappy ) Nak la sangat dia tu hantar and ambek aku sampai pintu rumah . susahkan kalau rumah jauh gile ni . Disebabkan dorang tak sanggup hantar aku jauh berkilo-kilo tan tu, aku pulak terpaksa berkorban jiwa raga berjauhan dari rumah . Abang pulak pegi kl adoi ! Nak mintak tolong sape lagi . Ishhh !


huahhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaa ! Aku nak balek rumah ! Serius ! Aku tade mood nak buat pape sekarang . Terasa sekeliling aku ni semuanya boring termasuk boring nak tulis entry =.="
mungkin balek rumah la ubat nyew . kalau ibu aku baca ni mesti pecah perot dia . Yelah mengafda-ngada mengalahkan dah berlaki =.=" okbai ! tade mood nak membebel hari ni ! Semoga jap lagi aku ade mood . Waiting !

Thank you for reading this entry !

Hilangkan Subscribe to : Posts (Atom)

Assalamualaikum ❤

Korang tahu ke, apa itu Subscribe to : Posts  (Atom) ? 
Tak tahu ? Cuba korang bukak blog korang, kat bahagian bawah post tu, ada tak tulis Subscribe to : Posts  (Atom) ? Haa adakan ? Menyemak jew kan ? hahaa . Meh aku ajar cara nak buang benda alah tu pulak .

Macam biasa Log In - Dashboard - Design - Tick Expand Widgets - Ctrl + F

Pastu cari kod ni
<!-- feed links -->
Korang tukar kod ni

<!-- feed links--> 
<b:include name='feedLinks'/>

Kepada kod ni
<!-- feed links
    <b:include name='feedLinks'/>   -->
Preview and save !



Thank you for reading this entry !

cara nak hilangkan navbar - navigation bar

Assalamualaikum ❤

Macam biasa cik paten akan bagi tutor yang simple-simple jew . Harap maaf ! Tutor kategori berat tiada di sini yee . Berat bagi aku tu yang susah-susah la . Malas aku nak menyemakkan pale aku ni dengan adegan code code yang boleh buat aku pitam setengah jam .

Pada siapa yang memang tak taw ape kebende navbar tu meh aku tunjuk


Ni haa rupa dia okeyy . Nak taw lebih lanjut tanya macik google la . Yang dekat atas blog korang tu haa benda alah ni bertapa . 
Aku baru terasa benda alah ni menyemak jew dekat blog aku so aku nak g buang la . 

Caranya mudah dan kacang buncit jew . 

Macam biasa Log In - Dashboard - Design - Edit HTML
Jangan lupa ctrl + F untuk memudahkan search code . Dan jangan lupa tick Expand Widget Templates  search code dekat bawah ni 

/* Variable definitions
 Pastu kopi benda alah dekat bawah ni dekat atas code yang korang cari tadi .

#navbar-iframe { display: none !important; }

 Preview and save ! Senang tak weh ?


Thank you for reading this entry !

cara nak hilangkan attribution - Powered by Blogger

Assalamualaikum ❤

Haa apa benda attribution tu ? Kalau korang nak tahu, benda alah ni bertapa dekat bawah-bawah blog korang tu . Tak ke terasa menyemak dia dok dekat situ ? Haa untuk menghilangkan dia tu meh aku tolong ajarkan .

Macam biasa Log In - Dashboard - Design - Edit HTML . Dan jangan lupa tick Expand Widget Templates
Pastu cari code
<b:widget id='Attribution1' locked='true' title='' type='Attribution'>
Bila dah jumpa tu korang tukarkan true kepada false . Pastu save . Jap belum abeh lagi la . Korang pergi dekat blog korang, scroll sampai ke bawah ada lagikan perkataan Powered by Blogger ? Dekat situ ada gambar spanar kan . Korang klik spanar tu then klik remove . Siap !

Thank you for reading this entry !

Monday, November 5

Segmen : Follow Sampai Pening

Assalamualaikum

Haa tadi aku skodeng blog akak kesayangan aku ni . Tetbe pulak dia buat segmen saja kasi kita pening pening . Hahah . Walaupun kak aini tak ajak join ( dalam nada sedih ni kot ) aku tetap nak join sebab nak support ape yang dia buat sekarang ni . Nama pun aku dia berhati nurani kan kan kan . Korang je tak taw . Walahh !

Tanpa membebel dan membuang air liur beberapa titis, meh ler reramai kita menghangitkan lagi segmen kak aini moncet ni ! Semoga kempen ini berjalan dengan jayanya ( ada gaya macam najib tak huahahaha )

Haa tapi ada syarat !

- Syaratnya korang kena follow ler blog kak aini, alang-alang follow blog aku ni sekali (syarat tambahan)
- Buat satu entry bertajuk " Segmen : Follow sampai pening" Dan nyatakan follower anda sekarang ade bape ketul ( sori, lupa nak gtau dulu i penah fail dalam bahasa malay huahuahua )
oppsss ! jangan lupa print skrin ea :D
- Copy banner sampai pening ni dalam entry tersebut .
- Copy link entry korang tu dan paste dekat ruang komen akak yang buat segmen ni pastu follow semua yang join segmen ni .
- Pastikan korang ade button follower(google connect), enable komen box dan tiada word verification

p/s: kak aini kenapa banyak sangat syaratnye lenguh ceq menaip taw ( harap sangat kak aini ternampak ayat ni hahaha)



klik banner dekat atas ni untuk teros kew blog kak aini



Haa lupa pulak tarikh segmen ni bermula dari 1 oktober - 10 November yee ( sedih tengok follower dekat atas ni sikit sangat :(







Thank you for reading this entry !

aku dan doodles - Part 1

Assalamualaikum ❤

Gila! susah nak mampus jugak ye belajar buat doodles guna Paint Tool Sai ni  . Ditambah dengan tangan kayu aku ni yang tak berapa reti nak menconteng apa-apa rupa pun . Asal nak lukis muka orang jew keluar muka alien, asal nak lukis muka alien jew keluar muka aku hahaha . Sori sori gila sikit semua berpunca dari SAI ni .

Apa yang mendorong aku mengada-ngada nak belajar buat doodles ni berpunca dari kak aini . Haa dialah suspek utama dan penyebab buat aku teruja nak lukis-lukis ni mengalahkan teruja beli pisang goreng dekat tepi Sunway Pyramic tu . Bila tegok blog dia yang berwarna warni dengan doodles hasil titik peluh dia tu terasa tetiba ada perasaan bunga-bunga atas kepala ni nak mendalami ilmu mereka doodle . Walahh !

Last-last aku pergi ler lukis dengan aicaited nyew . Hasilnya .... belum siap lagi hahaha . Tahun depan kot baru aku tempek dekat blog ni . Sedih muka muslimah sejati yang aku lukis bertukar menjadi zombie kampung cempedak . sebab tu mengambil masa sampai tahun depan baru nak siap & baru ler aku tempek dekat blog ni . Bila dah bertukar zombie tetiba aku jadi lemah semangat lar pulak nak lukis-lukis ni dah . Hati aku pedih , kecewa dan pilu menegok hasil yang sungguh tragis yang penah aku jumpa . Dan terus aku bayangkan doodles kak aini lukis yang cun cun tu terus terkeluar kuasa semangat aku nak lukis . Tenkiu kak aini sebab buat saya tetiba rajen nak lukis-lukis ni hahaha :D

Tadi aku baru jew download SAI ni dekat 4shared . Kalau korang nak bolehlah tekan-tekan dekat sini yee
Ingat ! Melukis itu adalah satu kepuasan ! "Tagline baru aku ni, sape sokong angkat kaki hehehe . terkeluar teros muka riak aku ni" 



Thank you for reading this entry !

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by