✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: duit ni haram ke ?

Wednesday, November 14

duit ni haram ke ?

Assalamualaikum ❤

Yunus - ayat 94 - Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu 
Sebenarnya aku agak curiga pastu ragu-ragu pulak tu dengan duit yang kita dapat dari says dengan nuffnang ni samada duit yang kita dapat tu halal or haram . Dan ramai di antara kita yang pasang iklan nuffnang, says or etc ni kerana terpengaruh dengan kawan-kawan la pastu tengok blog orang lain pasang kita pun mengedik nak pasang jugak. Aku mengaku dulu pun aku pun pernah jugak pasang sebab kononnya nak memeriahkan semua ceruk blog aku ni .  Teringin letak iklan sebab aku tengok blog aku ni sunyi sepi je . Dan aku mengaku blog aku memang sunyi huawaaa T_T

Tetiba tengah aku berblogwalking ada sorang hamba Allah ni kata "tak malu ke guna duit haram" merujuk kepada says or apa-apa jelah yang sewaktu dengannya . Jadi sejak dari tu aku pergi la survey betul ke duit yang kita dapat tu haram ? Survey punya survey aku jumpa la satu blog ni borak kosong cakap pasal hukum duit yang kita dapat ni . Aku tak tahu la korang jelas ke tak apa yang ustaz tu cakap sebab aku pun terasa kurang faham pun ada jugak sebab yelah lemah sikit iman dekat dada ni bab-bab agama semua ni huhu . Aku tertanya-tanya jugak la halal ke duit yang kita dapat tu kalau kita hanya main klik-klik dengan mengharapkan earning akan cepat naik . Jadi aku terjumpalah blog ustaz amin ni . Jadi aku fahamlah sikit-sikit berkenaan dengan hukum halal haram ni . 


Yang ni kata Ustaz Nor Amin ...

Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).


  •  Maksud iklan perklik

Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.
  •  Hukum

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.
  •  Syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?

Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
  •  Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram?

Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.


  •  Peringatan

Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :
“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "

Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."

  •  Kesimpulan
Saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

Sumber dari ustaz Nor Amin . Aku cuma kopi pasta je ayat dia . Semoga boleh jadikan rujukan kita semua ^^,

Thank you for reading this entry !

3 comments:

  1. Terima kasih share..akak pun geram sebenarnya dengan sesetengah orang ke robot tak tahu lah..sebab selalu je letak link SAYS, bit, dll, dekat cbox..dah tu menipu pula tu..
    cakap, saya dah singgah sini, jom singgah blog saya..
    tapi link bukan link blog link SAYS..macamlah akak bodoh sangat...Duit halal jadi haram bila kita paksa orang tekan link iklan yang orang itu tak redha...mai sini nak singgah sangat, akak simbah dengan cat merah nak.haha..jahat ni..maaf2 terover pula.

    ReplyDelete
  2. ala knp butang reply aku ni mcm ta idop plak huhu . relax akak jgn terover kua api plak at telinga tu hahahaha

    ReplyDelete
  3. din pun kadang2 rimas dengan org yang letak link duit mreka dalam cbox.kate lain bila klik lain huuuu!...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by