✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Tragedi first date

Sunday, June 9

Tragedi first date

Assalamualaikum ❤
Pertemuan pertama atau dalam bahasa Uganda lebih dikenali sebagai “first date” ini sering terjadi kepada orang yang baru berjinak-jinak nak bercinta. 

By the way, tak kesah la kenal dalam hutan ke facebook ke atau dalam reban sekali pun mesti nak dating atau bahasa mudahnya date. 

Bila tengah syok date tu banyak perkara yang perlu dielakkan antaranya.. 


  • Tidak tepati masa/janji 

Tolong keluar lebih awal. Paling bagus selepas solat subuh ke. Orang yang memungkiri janji ni orang yang munafik. Ikat jam dekat kepala pun satu kaedah yang paling-paling popular bagi orang kerap makan semut ni. 


  • Telefon

Kalau boleh jangan terlalu berkepit dengan telefon. Telefon pun satu asyik nak berkepit je dengan kita. Habis siapa yang harus dipersalahkan? Lu pikir la sendiri. 


  • Mata

Tolong jangan gatal beberapa jam bila anda bersama si dia. Jaga mata daripada terjonggol keluar apabila tertengok perempuan atau jejaka yang tak cukup kain. Astagfirullahalhazim mengucap mengucap.. 


  • Maksiat 

Jarang kita tengok bila date bawak orang satu stadium kan? Bagus ni. Boleh mengelak fitnah. Biasalah mulut orang ni kekadang macam loji sampah. Ada je benda nak mengumpat macam tak cukup mulut sampai tak sedar tersembur air liur ish ishh ishhh.. 


  • Cerita basi

Bukak topik pasal hubungan lalu boleh terjerumus ke lembah ke’menyampah’an si dia. Tak pasal-pasal hilang terus mood nak berdating. Tak ke nanti berkumandang lagu pelamin anganku musnah selepas itu. Eh ada kena mengena ke? 


Ku angankan pelamin indah, untuk kita berdua singgah. Sayangnya.. semua MUSNAH..... 

Alahai syahdunya.. Selamat beramal ♥

p/s: Payah betul update pakai galaxy s4 ni =.="

Thank you for reading this entry !

2 comments:

  1. bawa kawan untk lebih selamat

    ReplyDelete
  2. haha memang tragedi kalau dapat yang suka dok menggatal tu :D

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by