✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Wednesday, October 2

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Assalamualaikum 


Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

  •  Baca Bismillah 1 kali
  •  Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  •  Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  •  Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah,  kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan  akhirat)
  •  Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa


Amalan kedua

  •  Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11  kali sebelum mengadakan jimak.
  •  Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.• Isteri    hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air    tersebut diminum.
  •  Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Allah SWT sahaja yang menentukannya.

Thank you for reading this entry !

3 comments:

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by