✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: MAGIC ! Hilangkan Objek - Part 2

Tuesday, October 16

MAGIC ! Hilangkan Objek - Part 2

Assalamualaikum ❤

Walaupun kita tiada kuasa macam otomen, batmen, supermen dan semua men men dekat dunia ni, korang jangan tak tahu sebenarnya kita ni dalam diam diam ada kuasa magic taw tapi tu la korang masalah betul . Tak sekor pun sedar yang korang ada kuasa mengalahkan kuasa letrik TNB tu hahak ! Tapi magic yang saya nak ajar hari ni bukannya magic nak hilangkan hidung korang ke apa ke tapi cara nak hilangkan objek dekat photoshop je . Macam biasa saya cuma bagi tutor yang senang senang je . Kalau sebelum ni saya ada bagi tutor macam mana nak hilangkan objek tapi menggunakan content aware . Kalau korang ketinggalan zaman entry pasal content aware ni bolehlah pegi dekat SINI dan baca sambil berlibur .

Bendanya sama je just nak hilangkan objek dekat muka bumi ni tapi guna tool yang lainlah . Dekat sini saya nak ajar dua kaedah nak hilangkan objek iaitu guna patch tool dan clone stamp tool

Kaedah Patch Tool
Mula-mula korang bukak ps and then File - Open . Ambek lar gambar gambar yang korang rasa nak edit tu . Kalau nak gambar sebijik macam Aten bagi ni bolehlah pegi dekat sini yee .

Pastu kita nak buat selection dekat kawasan yang kita nak magickan tu . Nak buat selection ni banyak kaedah dia . Suka hati korang la nak guna pen tool ke lasso tool ke or rectangular marquee tool ke tak kesah lah asalkan boleh buat selection yee bukan boleh buat bini ekeke . Up to you okeyy !


Lepas tu buat selection dekat kawasan yang korang nak hilangkan tu contoh macam dekat bawah ni 


Lepas buat selection, korang drag objek yang korang select tadi tu ke kawasan background oren tu menggunakan patch tool . Contoh macam dekat bawah ni .



Lepas sudah drag tu korang mestilahlah nak hilangkan selecton tadi tukan . Korang tekan ctrl + D . Lakukan Selection - patch tool berkali-kali dekat objek lain pulak . Nak guna rectangular tool pun boleh jugak . 


Tadaa ! Ni hasilnya ...


Jom belajar guna Clone Stamp Tool pulak . Cara kedua ni mudah sikit .

Kaedah Clone Stamp Tool
Macam biasa bukak File - Open . Ambek gambar yang korang nak edit . Pastu pergi ambek clone stamp dekat tool . Yang rupa dia macam stamp tu . Contoh macam dekat bawah .


Kalau dah ambek tu pergi dekat picture korang tadi and then halakan mouse dekat background warna oren tu tekan dan tahan Alt dekat kawasan background warna oren tu dan left klik . Contoh macam dekat bawah .


Pastu buat sampai hilang perkataan magic tu .


Dan siap ! Hasinya sama je . Selamat mencuba :) Kalau tak paham jangan malu malu ayam pulak nak g tanya .

Thank you for reading this entry !

1 comment:

  1. best ni hehe nk try la tapi lau pakai clone stamp utk pdm gmbr yg cmplicated sgt susah gak sbab clone stamp just clone area yg kita hold alt je kan hehe

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by