✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: artwork : majalah gojes !

Wednesday, October 3

artwork : majalah gojes !

Assalamualaikum ❤

Hye awak-awak semua ! Hari ni malas nak buat tutor so sekarang ni segmen nak tayang artwork masa Aten "sekolah-sekolah" dulu hihi . Macam hari tu Aten ada buat entry pasal kad kawen kan ? Kalau korang ketinggalan zaman nak tengok entry tu bolehlah pergi ke SINI

Masa study dulu macam-macam artwork yang pernah Aten buat . Walaupun sebelum ni tak pernah pun daftar mana-mana sekolah yang ada kos grafik macam sekolah teknik tu . Dan kalau korang nak tahu, masa mula-mula daftar masuk ILP tu Aten masih tak berapa nak tahu "ape kebenda grafik ni " hahaha . Main ambek je sebab bunyi grafik tu macam best je . Alhamdulillah, memang best gua cakap sama lu ! Dari sini timbullah minat beragan nak jadi designer termasyur dekat dunia ni walaupun masa kecik-kecik dulu mengedik nak jadi angkasawan . Merepek jew aq time kanak-kanak rebina ni !

Okeyy ! Abaikan ayat pendahuluan yang entah pape tu, kita berbalik pada story asal iaitu artwork Aten . Masa ni Aten belajar subjek berkenaan buku . Kami diberitahu pasal bahagian awalan buku, bahagian teks, bahagian akhiran, dan apa lagi Aten dah tak ingat dah huhu . Dah khatam je subjek tu kami kena buat artwork magazine . 


Taraa ! 


Penyek pulak majalah ni hihi

Tudia majalah gosip jugak Aten p buat hahak ! Abaikan model tak bergaji di atas hahaha . Tak lah cantik mana sebab first time cuba-cuba buat . Masa nak buat majalah ni kan Aten tak tahu nak buat majalah apa . Pikir-pikir nak buat gosip sebab nak cilok majalah tang sukan ke fashion ke semua dah rembat . Cik tak kasi buat majalah lebih kurang sama . Aten buat gosip tak bermakna minat bergosip yee . Saja suka-suka just buat kulit je . Abang senior ade jugak yang komen . Dorang kata typing tak berapa nak menarik . Mungkin sebab Aten lebih menitik beratkan typing yang jelas berbanding typing yang pelik-pelik hihi . 




Ni pulak kulit dalam . Lagi satu kulit dalam hilang pulak sedih-sedih huhu . Tak dapat nak tayang hahak ! 
Aten buat semua ni just nak kongsi . Tade istilah nak menunjuk-menunjuk disini . Mana tahu ada senior yang pro bab-bab grafik ni nak komen . Sekurang-kurangnya dapat memperbaiki lagi kelemahan Aten dalam bidang ni :)

Thank you for reading this entry !

2 comments:

  1. Singgah sini..dan follow..waa..smart lah..saya pun ada buat magazine waktu semester 2..ambil kos apa ye?

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by