✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Buat header transparent macam Aten

Monday, October 8

Buat header transparent macam Aten

Assalamualaikum ❤

Wahh terasa lama tak update entry mengada kata dah lama padahal baru sehari tak update huhu hihi
Hari ni mood nak buat tutor lagi la pulak . Berkenaan dengan header . Edit-edit header yang Aten nak ajar ni pakai software ps or lebih dikenali adobe photoshop . Tak semua manusia dekat muka bumi ni reti guna ps ni . So, Aten nak tunjuk la macam mana nak edit header guna ps ni bagi yang tak berapa nak reti pakai ps ni .  Selalu kebanyakkan depa semua tu lebih suka guna photoscape dan sebagainya tapi guna ps lagi best la . Header Aten buat ni simple-simple je .

Sebelum tu korang ada tak software ni ? Kalau tade meh ambek dekat sini yee

Okeyy ! First step korang bukak dulu ps ni . Pastu klik File - New . Contoh macam dekat bawah ni

*sila klik gambar untuk lebih jelas dan terang benderang




Pastu bila korang dah klik benda alah tadi tu tetiba keluar box ni


Ikut suka hati korang nak bubuh nama header korang tu nanti apa dekat "Name" tu . Pastu pilih transparent pada "Background Contenrs" dan klik okeyy ! yang lain-lain abaikan .
Sila kurangkan resolution dalam 75 macam tu bagi mengelak pc korang berat.

Taraa ! ni rupa dia okeyy !


Sekarang kita nak buat operasi nak letak gambar dekat header tu kan .
Mula-mula korang bukak File - Open .


Cari la gambar yang comel-comel dekat google or nak letak gambar korang ke up to you la . Macam Aten rembat dekat google je hihi . Kalau nak gambar macam dekat atas ni bolehlah klik sini ye

Aten suggest korang ambek lar gambar jenis large supaya tak la nampak bergergaji gambar tu . Bila bergergaji tak cantik la gambar tu nanti . So, ambek la jenis besar gedabak sikit okeyy !


Lepas dah ambek gambar tu meh kita potong gambar ni dulu .
Aten !
Macam mana nak potong ni ? Haa korang pergi ambek crop tool dekat tool tepi tu lepas tu crop la . Kita nak potong sebab nak buang background warna putih tu .


Lepas dah crop jangan lupa tekan enter ye . Okeyy lepas tu korang pergi dekat layer tepi tu . Contoh macam dekat bawah ni .



Korang right klik dekat layer gambar korang tadi dan pilih "layer form background" . Kalau nak cepat klik dua kali dekat layer gambar korang tadi . Fungsi dia sama je . Nak layer tadi jadi "Layer 0" . Maksudnya nak layer tu jadi transparent la . Nanti bila potong background belakang tu senang nak buang . Sebelum ni layer tu or gambar korang tadi dalam format jpeg . So, bila nak buang or padam background belakang tu tak boleh la . Sebab tu kena buat layer tu jadi "layer 0" . Ada paham ? Lain la kalau gambar tu asalnya bukan jpeg tak payah gatai-gatai nak pergi buat haha .

Bila korang dah klik "layer from background" ni tetiba keluar box ni .


Klik je okeyy !

Pastu nak pergi buang background dia pulak korang kena selection gambar ni dulu tekan ctrl + A or nak lambat pergi dekat Select - All .

Lepas dah select tu, korang pergi dekat tool - magic wand tool . Pergi dekat atas tu ada empat kotak kecil . Ambek "subtract from selection" . Pastu klik dekat kawasan background warna putih ni . Contoh seperti dekat bawah ni .


Bila dah selection sekeliling gambar tu korang pergi ke Select - Inverse . Lepas tu tekan butang delete dekat keyboard . Automatik background dah pun hilang/buang/gunting dll huhu


Hasinya . . .


Nak hilangkan selection tu korang tekan ctrl - D okeyy !
Pastu drag gambar korang potong tadi ke header korang tadi menggunakan move tool .



Lepas dah drag tu mulakan operasi nak conteng apa-apa dekat header korang tu . Tapi sebelum tu adjust la dulu kedudukan gambar tu . Kalau nak "kecik - besar" or "besar - kecik" gambar tu korang just tekan ctrl + T or pergi dekat Edit - Free Transform kalau nak lambat hahak ! Kalau yang sudah biasa tu just tekan ctrl + T je . Lepas tekan ctrl + T jangan lupa klik benda kecik dekat atas tu yang rupa seakan-akan paper clip . Fungsi dia, bila kita tarik gambar tu tadelah kes gambar tu penyet ke lebar ke . Pastu letak la dekat mana-mana yang korang suka .


Letak la nama dekat picture korang tadi supaya senang na cari or buat apa-apa ubahsuai ke .
Bila dah letak dekat kawasan yang statik tu korang pergi ler menaip apa-apa yang korang nak merepek macam nak buat tajuk blog ke nak buat tagline ke pergilah dekat "Horizontal type tool" or yang berbentuk T dekat tool tu . Macam biasa kalau nak "kecik - besar" or "besar - kecik" tekanlah ctrl + T hihi


Abaikan perkataan tak berapa nak betul di atas hahak ! Lepas tu type tadi tu kita nak mekap sikitkan . So, korang pergilah dekat layer type korang tadi tu, nak lambat right klik and ambek "Blending Options" . Nak cepat korang klik dua kali dekat layer type korang tu or pergi dekat layer, dekat bawah sebelah add layer mask tu korang klik . Contoh . .



Haa ni cara paling cepatnya . .


Bila korang dah klik tu, tetiba keluar benda alah ni . Ikut korang la sama ada dah letak stroke , drop shadow ke dekat type korang tadi tu . Macam Aten ambek Inner Shadow . Adjust sampai puas hati korang and klik okeyy !


Taraa ! Siap sudah hasil edit mengedit ni korang save la dalam format png terus .





Siap ! Selamat Mencuba 


Thank you for reading this entry !

3 comments:

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by