✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Jenjalan

Tuesday, November 27

Jenjalan

Assalamualaikum ❤


Sebenarnya aku ni bukan suka sangat keluar jenjalan ni. Dok bershopping bagai-bagai la jenjalan cari makan la. Aku boleh katakan malas! malas! malas! Aku lagi suka melepak dekat rumah pergi tambah lemak dan semestinya semua tu memang wajib tambah. Terbukti aku ni seorang yang membosankan you know. Huwaaaa !  

Hari ahad minggu lepas aku tengah syok melayan perasaan menghayati hindustan perrhhh ratu tamil pulak aku time tu, abang aku pulak kacau daun ajak pergi jenjalan and hantar awek dia dekat stesen bas. Macam takde muka orang lain je nak berajak-ajak keluar ni. Asal keluar je muka aku, asal muka aku je keluar . Aku masa tu dah siap sedia kepit berbakul-bakul tisu jenama cap kleenex lagi tu . Yelah takut ada adegan sembilu kasih boleh koma ibu kalau tahu aku kesat semua jenis bakteria dekat sofa kesayangan dia tu.

Tapi bab rajin kalau ada yang buang tabiat ajak aku pergi tengok wayang. Kalau ada yang sudi-sudi belanja tu lagi la aku syok giler tahap tak hingat. Dengan excited nyew aku boleh siap-siap 2 jam lebih awal dari time to go wayang. Hakhak! Last aku tengok movie "Istanbul aku tak pernah datang-datang" ekekeke. 


Last two minggu yang lalu, aku ke BIG Cinemas untuk menonton wayang. Takan pergi situ nak membajak sawit kot. Disebabkan dihasut oleh beberapa paper dengan Berita Harian la Utusan Malaysia la. So, I choose to watch this movie. Bila dah keluar jenjalan ni benda paling wajib adalah posing ala-ala maut. Itu pun kalau aku ingat la sebab aku ni tak berapa nak suka sangat nak posing-posing ni. Over sangat nanti kalah retis pulak hikhik!


Masa hantar akak ni dekat stesen bas Teluk Intan sempat lagi mengedik depan menara condong tu dengan pelbagai aksi. Aku agak takut jugak la pergi dekat situ. Kot-kot menara tu hempok aku pulak kang naya. Astagfirullah al azim! Astagfirullah al azim! Tak baik melalut bebukan. Ape der =.="

Ramai macik-macik dekat shopping complex tu asyik main 
jeling-jeling dengan aku. Dengki kot hikhik!

Santai bersama kak Sya :D

Naik juling jugak la tengok menara ni sampai keatas.


Sebelum hantar akak Sya kami pergi makan-makan dulu dekat Port Cafe. Siyes cafe tu memang cun walaupun pemandangan dekat luar nampak macam ala-ala warung gitu tapi dekat dalam awesome! Macam-macam barang antik ada dalam tu. Dengan muka tak berapa nak malu nye aku pergi la snap gambar dekat situ. Sampai abang aku tegur nak makan ke or nak posing maut. Ekekeke. Susah betul kalau orang yang tak cintakan seni ni kan. Asyik nak jelous je =.="



Aku tak tahu la kenapa memanjang syok dekat ice blanded coklat ni. 
Sempat main jilat-jilat gelas tu lagi. Memang tak senonoh betul.

Tak sabar tak sabar tak sabar nak tengok Lagenda Budak Setan 2 pulak hihik - Curi tagline Lisa Surihani


Thank you for reading this entry !

2 comments:

  1. napa faten x ajak din~~ hmmm nk itottt~~~

    ReplyDelete
  2. @D i nalolo din sori la. ko dok selatan , aku diutarakan. Macam mana aku nak ajak dah ko tak ckp nak ikut bhahaha

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by