✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: tangan kidal punya pasal !

Friday, November 16

tangan kidal punya pasal !

Assalamualaikum ❤

Percaya tak kalau aku cakap dalam banyak-banyak barang semua berpihak kepada tangan kanan ? Sape tak sokong kejap lagi aku bunuh dia hahak . Mai sudah sifat piraun aku Buktinya siapa yang menulis tangan kiri or sinonin dengan panggilan tangan kidal ni mesti ink kesan hasil tulisan korang tu terkena dekat tapak tangankan . Kes ni jugak berlaku dekat aku sebab aku memang sejak baby guna tangan kidal . Cehh melampau la time baby



So, aku nak tanya, best tak pakai tangan kidal . Jawapan aku adalah tak best sebab semua kerja aku nak buat mesti lambat, tak kemas, payah, leceh dan menyampah . Contoh kalau aku nak guna gunting . Dah macam-macam scene aku buat sebab nak mengunting . Punyalah payah . Kekadang sampai menonggeng gara-gara nak gunting langsung tak boleh gunting itu ini . Tu part yang paling aku menyampah la . Aku nak siang ikan pun leceh . Kekadang guna pisau or gunting la kan . Bila nak gunting je tak boleh macam gunting tu dah berkurun-kurun berkarat . Kalau korang nak tahu susah nak cari gunting yang sesuai untuk tangan kidal ni sebab kalau salah guna in sya allah tangan tu automatik akan luka . Gunting tu ada jugak yang sesuai untuk tangan kiri dengan kanan tapi susah la nak jumpa . Stop cerita pasal gunting 

Bila dah leceh aku tanyalah dekat mak aku
Aku: bu macam mana adik boleh sesat pakai tangan kiri ni ? Leceh la . Nak buat kerja lembab je .
Ibu: Dah masa kecik tangan tu yang kau pilihkan haa padan muka kau la . sungguh kejam ayat ni 

Jadi masa tu mak aku cerita la kenapa sampai sekarang aku guna tangan kiri ni . Mak aku cakap masa aku kecik-kecik dulu aku marah kalau mak aku paksa guna tangan kanan . Sampai nak makan pun nak guna tangan kidal . Bayangkan ...

Aku cakap yekew ? Asal aku tak perasan erk haha . Moral of the story, guna tangan kidal kaa tangan kanan kaa kita kenalah bersyukur sekurang-kurangnya kita masih ada tangan daripada tadak tangan dan jari jemari langsung betul tak ? Orang kata tangan kidal ni pandai lukis erk ? Betul ke weh ? Aku tengok tulisan aku macam bapak segala ayam jew T_T

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian badan di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik,seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Rumusan
  • Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.
  •  Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.
  •  Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg dpt mendefinasikan  mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg.  mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan  didalam sesebuah keluarga.
  • Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke  kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya  terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
  • Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg.  disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu  ikut..huhu)
  • Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
sumber dari aida natasya


Thank you for reading this entry !

1 comment:

  1. kiranya aku ni penguna otak kanan dan kiri ...waaa haha

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by