✿ Faten Johary ✿ ஐ Faten Johary ஐ: Request membuat header dengan kadar termurah !

Thursday, November 1

Request membuat header dengan kadar termurah !

Assalamualaikum ❤

Mulai hari ni saya, Faten Johary menyediakan request membuat header untuk newbie or sesiapa sahaja yang teringin nak header hasil titik peluh pihak pengurusan FJ walahh ! Bezanya saya mengenakan cash mengikut saiz header dan sebagainya . Cash untuk satu header cuma serendah RM10 sahaja . Kalau mahu letak lebihan gambar dekat header cash semuanya dikenakan RM15 sahaja iaitu header RM10 + gambar lebih daripada satu RM5 = RM15 ! Murah bukan ? Kalau mahu lagi murah insyaallah saya akan fikir-fikirkan . Tiada unsur penipuan di sini ye . Kalau ye, silalah paksa abang polis jumpa saya di fesbuk saya  hahaha . Okeyy okey ! serius !

Header yang saya akan edit ni mengikut kehendak customer . Header yang saya akan buat ni juga merangkumi dua jenis iaitu header background or header transparent . Up to you nak pilih mana satu . Kalau nak header mengikut citarasa korang, kenalah bagi :


Gambar
- apa-apa gambar sama ada gambar korang or kalau korang nak header background boleh bagi gambar background tu sekali dan pastikan setiap gambar bersaiz large . 

Jenis Font
- ini penting kerana kekadang font yang saya pilih mungkin tidak mengikut citarasa korangkan . So, bagi nama font tu dekat saya . Kalau dekat header nak letak macam-macam font pun tade masalah . Font boleh di cari dekat entry ini

Color theme
- bagi code number color . Kalau nak tahu code warna yang korang suka boleh cari dekat sini

Theme
- suka hati koranglah nak thema macam mana . Insyaallah saya boleh buat selagi mampu . 

Saiz header
- Kalau tak tahu tape saya boleh tolong mengikut saiz yang korang suka . Ada saiz large, medium & basic 

Kekadang saya akan buat penambahan pada header bagi mencantikkan lagi header korang tu . Sebarang penambahan dari saya tidak akan dikenakan cash . Saya amat mementingkan aspek kepuasan semua customer . Kalau terlampau banyak permintaan, so please be patient and wait for your trun . Sebarang pertanyaan dan jika korang berminat sila emailkan kepada saya di patenpdaus@yahoo.com or inbox dekat fesbuk saya di sini . All your email, i will reply within 24-48 hours insyaallah . 

Artwork maybe akan siap dalam masa seminggu insyaallah kalau saya tiada apa-apa urusan . Bayaran haruslah disertakan dengan bukti resit dan artwork akan dihantar serta merta dalam masa 24 jam . Jika saya mengalami sebarang kesulitan dalam tempoh urusan mengedit header korang saya akan inform terlebih dahulu . Walaupun saya minat pink tak semestinya request ni just untuk kaum hawa sahaja . Terbuka kepada semua manusia dekat muka bumi ni . Sebarang rungutan tidak akan dilayan . Terima kaseh :)

kalau nak tolong promo dialu-alukan ^^,






Thank you for reading this entry !

3 comments:

  1. okeh izinkan beta utk promote benda ni hehe

    ReplyDelete
  2. cehh beta tu din hahaha . silakan yang mulia tun din hahahaha .

    ReplyDelete

 
Copyright © 2011-2013. All Right Reserved by